COVID-19: Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi 3,337 Kes – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi positif COVID-19 apabila 3,337 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini meningkat kepada 33,989 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, tujuh daripadanya adalah kes import manakala selebihnya, 3,330 kes melibatkan penularan tempatan. “Kes jangkitan baharu […]

» Read more

PKP: Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Dengan Had Waktu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada 12.01 tengah malam ini dengan waktu operasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali bagi aktiviti tertentu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk restoran, kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera namun tidak […]

» Read more

PKP 14 Hari Di Enam Negeri Mulai Rabu

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu […]

» Read more

KKM Jangka Trend Kes Positif COVID-19 Terus Meningkat

KOTA TINGGI, 2 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka kes positif COVID-19 mengalami trend peningkatan berikutan lebih banyak aktiviti pengesanan akan dilakukan selepas kerajaan mewajibkan semua pekerja asing di tapak pembinaan dan industri menjalani ujian saringan bermula semalam. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ujian saringan pekerja asing membabitkan 800,000 orang meliputi Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang […]

» Read more

COVID-19: 1,340 Kes Baharu, Selangor Masih Catat Kes Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan empat digit dalam tempoh 24 jam lepas, apabila 1,340 kes baharu direkodkan hari ini dan Selangor kekal melaporkan kes baharu tertinggi dengan 441 kes. Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini melonjak kepada 93,309 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini sebanyak 15,563 kes. […]

» Read more

KWP Cadang Tukar Nama Jalan Eaton ke Jalan Tun Rahah

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Sumbangan Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah adalah sangat besar dan tidak ternilai dan pastinya ramai yang menangisi kematian beliau selain meninggalkan kesan cukup mendalam kepada rakyat Malaysia. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, bagi mengenang sumbangan Allahyarhamah, cadangan untuk menukar Jalan Eaton kepada Jalan Tun Hajah Rahah telah dimajukan setelah mengambil kira […]

» Read more

COVID-19: 1,153 Kes Baharu, Selangor Kekal Catat Kes Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan empat digit apabila 1,153 kes baharu direkodkan hari ini dan Selangor kekal melaporkan kes baharu tertinggi dengan 401 kes dalam tempoh 24 jam lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak […]

» Read more

Cadangan PKPD Di Pusat Koreksional Jasin Diputuskan Isnin – Ismail Sabri

MELAKA, 19 Dis – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di satu-satu kawasan hanya akan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang perlu terlebih dahulu membuat penilaian risiko di kawasan berkenaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara sama akan dibuat berhubung cadangan kerajaan negeri Melaka untuk melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Jasin. […]

» Read more

Rakyat Dapat Lihat Sandiwara Pembangkang Mahu Sabotaj Bajet – Annuar

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat benar-benar boleh menyaksikan sandiwara pembangkang yang sengaja mencari alasan untuk menolak Belanjawan 2021. “Bukan kerana bajet tak baik, tapi mencari alasan untuk jatuhkan kerajaan. Dah lebih 20 kali mengundi, mereka gagal. “Sekarang mereka nak sabotaj Bajet Rakyat di bacaan ketiga hari ini,” ciap Ahli Parlimen Ketereh […]

» Read more

Pelan Rancangan Pulih Aliran Tunai Felda Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan hutang korporat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), merupakan antara isu yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri. Khoo Poay Tiong […]

» Read more
1 64 65 66 67 68 88