Kerajaan Akan Laksana Kajian Penstabilan Harga Barangan Sabah, Sarawak Dan Labuan

PUTRAJAYA, 8 Mac – Jawatankuasa Penstabilan Harga Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan, bersetuju untuk melaksanakan kajian penstabilan harga barangan dan perkhidmatan bagi ketiga-tiga wilayah itu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu, dibuat dalam mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) […]

» Read more

KPF Trading Dalam Proses Muktamadkan Penstrukturan Semula D’Mart – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mac – KPF Trading Sdn Bhd sedang dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula operasi D’Mart dengan model perniagaan baharu yang lebih sesuai dengan komuniti di tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penstrukturan itu melibatkan perbincangan model perniagaan yang membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu […]

» Read more

Bersama Bangunkan Ekosistem Keusahawanan Yang Kukuh Dan Berdaya Maju

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak yang berkaitan bersama membangunkan ekosistem keusahawanan yang kukuh dan berdaya maju. Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, beliau yakin usaha dan koordinasi dari Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) akan memperkemaskan lagi sinergi dalam menyokong para […]

» Read more

Isu Tuntutan 40 Peratus, Bung Moktar Cadang Kerajaan Pusat Dan Negeri Bentuk Jawatankuasa Penilai Bebas

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah agar melantik satu jawatan kuasa pentaksir/penilai bebas dalam menyelesaikan isu tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah dikutip Kerajaan Persekutuan yang seharusnya dikembalikan kepada Sabah yang belum ada penyelesaian secara tuntas. Beliau berkata cadangan ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan […]

» Read more

Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Mac – Kerajaan telah meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan perluasan lorong khas bas termasuk pembelian 100 unit van transit atas permintaan (DRT) di Lembah Klang bermula September tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) berkata kajian pelaksanaan […]

» Read more

Pembangunan Bandar Baharu Bagan Datuk Dalam Proses Pengambilan Tanah – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 4 Mac – Kerajaan kini dalam proses pengambilan tanah bagi membangunkan Bandar Baharu Bagan Datuk di sini, bagi mengembangkan potensi daerah itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pejabat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri daerah itu, termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah akan dipindahkan ke Bandar Baharu Bagan Datuk, setelah pembangunannya siap dalam tempoh […]

» Read more

Jangan Guna Agama Untuk Capai Hasrat Politik- Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 1 Mac – Semua pihak terutama pemimpin-pemimpin parti diingatkan untuk tidak menggunakan agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap kepada media selepas merasmikan Surau Bergerak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) 2.0, di sini pada Jumaat, beliau berkata, soal berkaitan agama, hukum dan fatwa harus dijadikan sebagai batu […]

» Read more

RCI Batu Puteh Bagi Tambah Baik Isu Kedaulatan Negara, Bukan Cari Salah – Azalina

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah penambahbaikan berkaitan sebarang isu membabitkan kedaulatan negara dan bukan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata rakyat […]

» Read more

Tun Abdul Taib Nakhoda Era Moden Sarawak

KUCHING, 21 Feb – Pemergian Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud merupakan satu kehilangan yang cukup besar buat Sarawak dan negara. Figura penting ‘Bumi Kenyalang’ itu yang turut menerima gelaran sebagai bapa pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi ini, pada usia 87 tahun di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Menelusuri lembaran sejarah moden Sarawak, jika tidak membicarakan […]

» Read more
1 38 39 40 41 42 88