PRN: Tidak Mustahil BN Mencapai Kemenangan Bersama PH – Azman Azeez

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez berkata pembubaran itu membawa isyarat kepada semua jentera gerak kerja Barisan Nasional (BN) supaya perlu bekerja keras untuk […]

» Read more

BN Hormati Keputusan MCA, MIC Tidak Bertanding PRN – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada pilihan raya enam negeri bulan depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata keputusan MCA dan MIC itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin depan. “Saya sebagai Pengerusi BN hormati […]

» Read more

Anggaran Pelaksanaan PRN Enam Negeri RM420 Juta – SPR

PUTRAJAYA, 5 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan melibatkan perbelanjaan RM420 juta. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata 153,760 petugas akan dilantik bagi membantu melancarkan pengendalian proses PRN berkenaan, dan 173 pusat penamaan calon serta […]

» Read more

SPR Umum PRN Enam Negeri Serentak, Mengundi 12 Ogos

PUTRAJAYA, 5 Julai – Pengundi di enam negeri akan menjalankan tanggungjawab pada 12 Ogos untuk keluar mengundi apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan serentak di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam pengumuman hari ini berkata berkata tarikh penamaan calon bagi pelaksanaan PRN di enam negeri itu […]

» Read more

PRN: Selangor Paling Ramai Pengundi Muda, Tertua

PUTRAJAYA, 5 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini menyaksikan Selangor menjadi negeri yang mempunyai pengundi muda berumur 18 hingga 20 tahun paling ramai iaitu 274,194 orang. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata ini disusuli Kedah dengan 104,284 pengundi, Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264) dan Negeri Sembilan […]

» Read more

PRN Enam Negeri Diadakan Serentak, Pengundian 12 Ogos, Penamaan Calon 29 Julai

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos. Beliau […]

» Read more

Nak PRN… Waspada Sesumpah Politik Muncul Kembali

PILIHAN Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bakal diadakan tidak lama lagi. Lantaran itu, tidak mustahil apabila ada pemimpin politik ‘mati hidup semula’ atau menjadi ‘sesumpah’ apabila PRN makin dekat. Sungguh… taktik dan modus operandi parti-parti politik yang mula menabur macam-macam kepada rakyat pernah berlaku sebagaimana sebelum Pilihan Raya Umum […]

» Read more

Bersama Berusaha, Kerja Keras Menangkan Kerusi Dipertandingkan Dalam PRN

TASEK GELUGOR, 4 Julai – Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Mohd Noor Ahmad menyuarakan harapan pada ahli-ahli UMNO agar sentiasa berkerja keras dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, kerusi-kerusi yang bakal dipertandingkan oleh calon UMNO pada PRN ini adalah demi masa depan orang Melayu/Islam di Pulau Pinang. “Kita harap ahli-ahli UMNO […]

» Read more

PRN: Agihan Kerusi BN Dan PH Diumum Dua, Tiga Hari Lagi – Tok Mat

GEORGE TOWN, 4 Julai – Jawatankuasa Majlis Presiden Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan keputusan agihan kerusi antara kedua-dua blok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan yang bakal diumumkan itu adalah muktamad dan menasihati semua pihak supaya akur dengan keputusan berkenaan. “Apabila […]

» Read more

Teliti Segala Laporan Media Dan Blog, Jangan Terpengaruh Dengan Fitnah – Shaik Hussein

BAGAN, 3 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin meminta semua pihak agar meneliti segala laporan media dibuat termasuklah daripada laman blog agar tidak terpengaruh dengan sebarang fitnah yang sengaja ditimbulkan terutamanya melibatkan isu agama. Beliau berkata demikian susulan laporan sebuah laman blog yang melaporkan berita mengenai tindakan seorang pemuda bukan Melayu mengarahkan sebuah […]

» Read more
1 81 82 83 84 85 133