Pemberian Vaksin Di Perlis Wajar Dipertingkat Untuk Beralih Ke Fasa Tiga PPN

BERA,6 Julai – Proses pemberian vaksin COVID-19 di Perlis wajar dipertingkat bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih cepat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Perlis, yang kini dalam Fasa Dua PPN, mampu mencapai kadar vaksinasi yang ditetapkan untuk beralih ke fasa seterusnya berdasarkan keluasan dan bilangan […]

» Read more

Operasi Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Dibenarkan Dalam Fasa Satu PPN – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Pengoperasian Pejabat Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan sepanjang tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata perkara itu diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mengambil kira pejabat itu memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama kepada […]

» Read more

Suntikan Kedua Dos AstraZeneca Dipercepat Kepada 9 Minggu – Khairy

SEPANG, 1 Julai – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bersetuju untuk mempercepatkan suntikan kedua dos vaksin AstraZeneca (AZ) daripada 12 minggu kepada sembilan minggu. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata lebih satu juta penerima suntikan pertama AZ pada Mei lepas akan menerima notifikasi secepat mungkin untuk mendapatkan suntikan kedua. “Berdasarkan mesyuarat JKJAV minggu […]

» Read more

CITF Luluskan Sektor Perladangan Dan Komoditi Dalam Program PPV Industri

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah meluluskan sektor perladangan dan komoditi sebagai sektor ekonomi keempat yang terlibat dalam program pusat pemberian vaksin (PPV) industri. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata tiga sektor ekonomi lain yang diluluskan sebelum ini adalah sektor pembinaan, pengangkutan dan pembuatan ataupun perkilangan. Menurutnya, pekerja bagi keempat-empat […]

» Read more

KKMM Tubuh Jawatankuasa Khas Kenal Pasti Kawasan Tiada Capaian Internet

GEORGE TOWN, 27 Jun – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama pihak Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mengenal pasti kawasan yang tiada liputan Internet atau capaian lemah bagi mengatasi masalah ketika pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata menerusi jawatankuasa itu, pihaknya akan turun padang […]

» Read more

Fasa Satu PKP 3.0 Tunjuk Perkembangan Positif Dalam Usaha Melandaikan Lengkuk Jangkitan COVID

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara itu terbukti selepas kes harian COVID-19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada […]

» Read more

COVID-19: Kadar Peratusan Vaksinasi Malaysia Lepasi Negara Jiran – Khairy

GEORGE TOWN, 3 Jun – Setakat semalam, kadar peratusan rakyat Malaysia yang telah menjalani pemvaksinan sekurang-kurangnya satu dos, telah melepasi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. “Walaupun ini bukan satu perlumbaan, adalah baik untuk kita sentiasa menanda aras dengan negara-negara lain. Manakala dari segi kadar suntikan harian, saya telah minta supaya ia […]

» Read more

Kesukaran Daftar Vaksin AstraZeneca Perlu Diatasi Segera, Gesa Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Media sosial dihujani rungutan tentang kesulitan pendaftaran online bagi mendapatkan suntikan AstraZeneca 2.0, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya, ada yang terpaksa mengaku diri bukan robot sehingga berpuluh kali sejak pukul 12 tengah hari, tetapi masih gagal membuat pendaftaran. “Ada yang tidak dapat memilih negeri. Paling teruk ada yang langsung tidak […]

» Read more

Kes COVID-19 Terus Melonjak: Ahmad Maslan Syorkan ‘Total Lockdown’, Kerajaan Beri Bantuan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat terutamanya hari ini hingga melonjak ke angka 7,289 kes, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar dibuat Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mensyorkan agar PKP secara penuh itu dibuat selama 15 hari dahulu dan kerajaan perlulah memberi bantuan kepada mereka […]

» Read more

COVID-19: 6,509 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Tertinggi Dengan 2,049 Kes

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kes positif baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan sedikit penurunan hari ini dengan 6,509 kes berbanding rekod tertinggi 6,976 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di akaun rasmi Twitternya hari ini berkata Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas dengan 2,049 kes. Ini diikuti Sarawak […]

» Read more
1 101 102 103 104 105 133