Dap Semakin Sombong Dengan Kuasa, Rintihan Rakyat Tidak Dipeduli

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Jurucakap MCA Mike Chong Yew Chuan berkata jelas sekali Dap semakin sombong setelah berkuasa dan sudah sampai masa mereka belajar bahawa suara dan sokongan rakyat tidak boleh diambil mudah. Katanya, jika sebelum ini Dap berjanji berkhidmat kepada masyarakat, sekarang masa untuk dihukum kerana tidak mengendahkan kepentingan masyarakat dan cukuplah tiga belas tahun rakyat menderita di […]

» Read more

Insiden Keracunan Makanan Dalam Negara Masih Terkawal – Khairy

PUTRAJAYA, 24 Nov – Insiden keracunan makanan dalam negara masih terkawal dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) terus melaksanakan pelbagai program intervensi bagi meningkatkan tahap keselamatan makanan dan mencegah kejadian keracunan makanan, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Beliau berkata menurut data KKM, 288 episod keracunan makanan dilaporkan pada 2020, manakala setakat September 2021 pula 123 episod keracunan makanan dilaporkan. Berucap pada program […]

» Read more

Agong Dan Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Kapten Mohamad Affendi

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi. Turut menzahirkan ucapan takziah adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. […]

» Read more

TUDM Diarah Beri Laporan Terperinci Insiden Hawk 108 – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan terperinci susulan insiden membabitkan pesawat Hawk 108 yang berlaku malam Selasa. Beliau berkata insiden tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad menerusi panggilan telefon. “Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan […]

» Read more

PRN Melaka: Calon Wanita Ada Faktor ‘Wow’ Untuk Menang – Norliza

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Norliza Abdul Rahim menyifatkan lima calon wanita yang diketengahkan iaitu tiga dari Wanita UMNO dan masing-masing satu dari Puteri dan MCA mempunyai faktor ‘wow” untuk menang. Ujarnya, walaupun calon wanita di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini sekadar 18 peratus daripada keseluruhannya pencalonan Barisan Nasional (BN), namun […]

» Read more

Lima Negeri Beralih Ke Fasa Empat PPN Isnin Depan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 8 Nov ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju untuk peralihan Fasa PPN bagi kelima-lima negeri selepas mengambil kira […]

» Read more

Pemain, Pemegang Taruh Industri Kreatif Perlu Lebih Aktif, Agresif Jana Pendapatan – Zahidi

KOTA KINABALU, 30 Okt – Pemain dan pemegang taruh industri kreatif di negara ini perlu lebih aktif dan agresif menjana pendapatan menerusi peruntukan RM288 juta yang dikhususkan kepada sektor itu dalam Bajet 2022. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata sejak tahun lepas, industri kreatif merupakan sektor paling terkesan serta menjejaskan ramai penggiat seni, justeru ia perlu […]

» Read more

Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa Empat Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (18 Okt). Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh sama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam […]

» Read more

Individu Lengkap Vaksin Dibenar Rentas Negeri Mulai Esok – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. “Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik […]

» Read more

Kes Baharu COVID-19 Terus Menurun Kepada 8,075 Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kes baharu COVID-19 dalam negara terus mencatatkan penurunan dengan 8,075 kes direkodkan setakat tengah hari ini, berbanding 9,066 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini berjumlah 2,285,640. Sarawak kekal negeri dengan kes baharu tertinggi sebanyak 1,189 diikuti Kelantan (1,020); […]

» Read more
1 98 99 100 101 102 133