Tahniah ‘Frontliners’, Syabas Rakyat… Terus Patuhi Arahan Kerajaan Putuskan Rangkaian COVID-19

KUALA LUMPUR, 22 April – Penghargaan dan ucapan tahniah serta terima kasih bukan hanya untuk para petugas barisan hadapan (frontliners) tetapi rakyat juga wajar menerima pujian kerana kepatuhan masyarakat terhadap Perintah Kawalan Perpegarakan (PKP) dalam membantu kerajaan menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti. Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pendekatan kerajaan Malaysia meletakkan negara dalam tempoh […]

» Read more

Mesyuarat Penyelarasan

KANGAR, 20 April — Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan & Pemantauan Perlaksanaan Program Agihan Makanan Asas (PAMA) Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bil. 6 / 2020 tengahari ini. Pertemuan ini turut dihadiri oleh YB ADUN-ADUN dan Penyelaras-Penyelaras Pusat Khidmat disamping Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan.

» Read more

Ingkar PKP, Kompaun RM1,000 Masih Kekal – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 12 April – Jumlah kompaun bagi pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih kekal pada kadar RM1,000, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata setakat ini, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 masih diguna pakai atas kesalahan tersebut dan sekiranya jumlah kompaun ingin dinaikkan, akta itu perlu dipinda di Parlimen. “Memang ramai […]

» Read more

Menerima Sumbangan Topeng Muka

KANGAR 10 April–Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menerima sumbangan topeng muka daripada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara di sini hari ini. Sumbangan topeng muka ini akan diedarkan kepada Pusat-Pusat Khidmat DUN seluruh Negeri Perlis oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Majlis Keselamatan Negara. Foto–FB Azlan Man

» Read more

Mesyuarat Program Agihan Makanan Asas (PAMA)

KANGAR 9 APRIL– Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengadakan perbincangan bersama YB ADUN-ADUN dan Penyelaras-Penyelaras Pusat Khidmat dalam Mesyuarat Penyelarasan & Pemantauan Perlaksanaan Program Agihan Makanan Asas (PAMA) Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertempat di Kompleks DUN, Kangar petang ini.- Sumber : FB Azlan Man

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 7 April – KKMM

KUALA LUMPUR, 7 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini. 1. Kerajaan Negeri Perlis menafikan pernah mengeluarkan jadual perubahan waktu operasi premis perniagaan/perkhidmatan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis bermula 5 […]

» Read more

Pelaksanaan Solat Tarawih, Tunggu Pengumuman Mengenai PKP – Dr Zulkifli

PUTRAJAYA, 3 April – Keputusan mengenai pelaksanaan solat Tarawih bulan Ramadan tahun ini bergantung sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. “Sama ada PKP yang ketiga ada atau tidak, itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan selepas itu […]

» Read more

COVID-19: 828 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, jumlah penahanan itu menunjukkan polis mengambil tindakan lebih tegas berikutan masih terdapat rakyat yang tidak mematuhi PKP. Ismail Sabri […]

» Read more
1 57 58 59 60 61 73