Kerajaan Perak Selesai Isu Penempatan Semula 90 Keluarga Kg Simpang Halt

IPOH, 20 Julai – Kerajaan negeri Perak akan menyelesaikan isu penempatan semula 90 keluarga setinggan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kampung Simpang Halt di Taiping selepas mereka diberikan notis mengosongkan tanah itu. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya telah mendapat jaminan daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk menyelesaikan masalah […]

» Read more

Perak Tambah Lebih 2,000 Hektar Tanah Rizab Melayu – Saarani

IPOH, 6 Julai – Kerajaan Perak menambah keluasan Tanah Rizab Melayu sebanyak 2,409.28 hektar membabitkan kawasan tanah-tanah kerajaan yang bernilai tinggi dan berpotensi untuk dimajukan. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan rizab di Perak meningkat kepada 955,587.8 hektar. Beliau berkata keputusan yang dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri semalam sebagai usaha kerajaan […]

» Read more

PRN: Veteran UMNO Akan Lakukan Terbaik, Sedia Bantu Berkempen Di Enam Negeri

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Veteran UMNO akan melakukan yang terbaik bagi membantu enam negeri berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini. Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Veteran UMNO dari tujuh negeri yang tidak terlibat dengan PRN akan membantu Veteran UMNO Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk proses berkempen. “Veteran UMNO dari tujuh negeri […]

» Read more

PRN Kedah: Kesiapsiagaan Jentera UMNO Hadapi PRN Pada Tahap Tinggi – Reezal Merican

ALOR SETAR, 3 Julai – Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi, kata Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata keazaman dan semangat ahli parti itu bagi membantu dan memastikan kemenangan pada PRN akan datang masih tinggi meskipun keputusan Pilihan […]

» Read more

Pelaburan Perak Memberangsangkan, Berada Di Empat Negeri Teratas – MB

IPOH, 15 Jun – Pelaburan di Perak menyaksikan prospek yang amat memberangsangkan apabila berada antara empat negeri teratas yang menarik sebahagian besar pelaburan diluluskan iaitu RM7.1 bilion pada suku kedua 2023. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 550 peratus berbanding RM1.3 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelum ini. “Dalam tempoh setahun, Perak menerima […]

» Read more
1 30 31 32 33 34 217