Jangan Berpecah Lagi… Muafakat Demi Kestabilan – Ahmad Maslan

PEKAN, 29 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata orang Melayu dan Islam di negara ini tidak boleh mengulangi sejarah perpecahan yang terjadi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tegasnya, kesan perpecahan tersebut jelas kelihatan apabila tampuk pemerintahan negara dan beberapa kerajaan negeri dikuasai oleh mereka yang bukan Melayu, Islam. “Kita ini berada dalam negara Organization of […]

» Baca lanjut

Pembukaan Semula Sekolah Berjalan Lancar, Patuhi SOP Dan Normal Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pembukaan semula sesi persekolahan hari ini berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) normal baharu. Setelah kira-kira tiga bulan terhenti akibat pandemik COVID-19, seramai 500,444 pelajar daripada 2,440 sekolah menengah yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) […]

» Baca lanjut

Agong Zahir Takziah Pemergian Tokoh Sasterawan Dr Mohamed Ghazali

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh sasterawan Dr Mohamed Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali Malim Ghozali PK. Tokoh sasterawan itu meninggal dunia semalam, pada usia 70 tahun, akibat kanser. Menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian Allahyarham, Al-Sultan Abdullah berharap keluarga Allahyarham sabar dan tabah […]

» Baca lanjut

Annuar Musa Sedia Selesaikan Masalah Persatuan Sukan Dengan DBKL

PUTRAJAYA, 17 Jun – Berita baik bagi persatuan sukan di Kuala Lumpur. Ini berikutan, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa sedia bertemu dengan persatuan sukan berkenaan, untuk mencari penyelesaian menerusi perbincangan untuk persatuan yang menghadapi isu atau masalah seperti penggunaan fasiliti sukan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). “Saya tidak berapa jelas apa isu dan masalah dihadapi mereka. Prinsipnya, […]

» Baca lanjut

Malaysia-Indonesia Komited Pertingkat Hubungan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Malaysia dan Indonesia akan pertingkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala dan menekankan pentingnya memperluas kerjasama sedia ada demi kepentingan bersama walaupun berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19. Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya daripada Indonesia Prabowo Subianto telah mengadakan sidang video pada 4.30 petang hari ini, dengan […]

» Baca lanjut

TNB Dipanggil Beri Penjelasan Kepada KeTSA, Suruhanjaya Tenaga

TEMERLOH, 15 Jun – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah memanggil Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memberi penjelasan berhubung kenaikan bil elektrik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga menimbulkan rungutan rakyat. Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata KeTSA dan Suruhanjaya Tenaga (ST) telah memanggil pengurusan tertinggi TNB yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan […]

» Baca lanjut

30,000 Pekerja Terjejas Terima RM130 Juta Manfaat ERP Setakat Mei

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Setakat Mei lepas, hampir 30,000 pekerja yang terjejas dan hilang pekerjaan mendapat manfaat Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) melibatkan pembayaran berjumlah RM130 juta, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. Beliau berkata tiga sektor paling terkesan dan berisiko tertinggi untuk hilang pekerjaan ialah pembuatan, perhotelan dan pelancongan. “Mungkin (akan) makan masa yang lebih lama untuk […]

» Baca lanjut

Perang Menentang COVID-19: Menteri Kesihatan Jelajah Enam Negeri Untuk Perkasa Komuniti

PUTRAJAYA, 5 Jun – Program memperkasa komuniti ke arah meneruskan usaha menangani wabak COVID-19 dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan sejak 28 Mei hingga 3 Jun lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan ke enam buah negeri, sebagai program susulan di peringkat daerah itu yang melibatkan semua pihak berkuasa tempatan, agensi peringkat […]

» Baca lanjut

Mohd Ali Anak Melaka Pertama Dilantik Yang Di-Pertua Negeri

MELAKA, 5 Jun – Tan Sri Mohd Ali Rustam yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ketujuh hari ini merupakan anak jati Melaka pertama memegang jawatan itu. Seramai enam Yang di-Pertua Negeri Melaka sebelum ini, dua daripadanya berasal dari Perak dan masing-masing seorang dari Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang. Mohd Ali yang juga bekas Ketua Menteri Melaka […]

» Baca lanjut

Rentas Semenanjung-Sabah-Sarawak Bagi Suami Atau Isteri Perlu Kebenaran Polis

PUTRAJAYA, 1 Jun – Suami atau isteri yang perlu merentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dulu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kebenaran merentas negeri untuk suami atau isteri yang diberikan kerajaan bukanlah secara automatik. “Sebelum suami atau […]

» Baca lanjut
1 188 189 190 191 192 213