291,217 Dos Suntikan Vaksin COVID-19 Diberi Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos. Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua. Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan […]

» Baca lanjut

Formula Khas Perlu Untuk Bantu Pengusaha Pelancongan Pulau Pangkor – Zambry

LUMUT, 11 Julai – Kerajaan Perak perlu mencari formula khas bagi membantu pengusaha pelancongan secara berterusan berikutan sektor berkenaan terjejas dalam tempoh yang lama akibat pandemik COVID-19. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemberian bantuan secara ‘one-off’ tidak bersesuaian ketika ini dan satu perancangan khas bagi tempoh panjang diperlukan bagi membantu sektor berkenaan […]

» Baca lanjut

324,745 Dos Suntikan Vaksin COVID-19 Diberi Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos. Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua. Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan […]

» Baca lanjut

Ismail Sabri Mula Tugas Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 9 Julai – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan. Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan […]

» Baca lanjut

340,043 Dos Suntikan Vaksin Semalam – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Jumlah pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 340,043 dos diberikan semalam, iaitu angka tertinggi dalam sehari setakat ini. Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah itu, 133,286 merupakan pemberian dos kedua. “Sebanyak 206,757 dos pula adalah pemberian dos pertama bagi tempoh sama,” katanya. […]

» Baca lanjut

Pemberian Vaksin Di Perlis Wajar Dipertingkat Untuk Beralih Ke Fasa Tiga PPN

BERA,6 Julai – Proses pemberian vaksin COVID-19 di Perlis wajar dipertingkat bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih cepat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Perlis, yang kini dalam Fasa Dua PPN, mampu mencapai kadar vaksinasi yang ditetapkan untuk beralih ke fasa seterusnya berdasarkan keluasan dan bilangan […]

» Baca lanjut

Sebanyak 7.3 Peratus Populasi Malaysia Lengkapkan Suntikan Vaksin – Adham

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Sebanyak 2,393,882 orang atau 7.3 peratus daripada populasi telah menerima suntikan dos kedua vaksin sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini. Dr Adham berkata jumlah keseluruhan pemberian dos […]

» Baca lanjut

Mukim Dan Lokaliti Di Selangor, KL Dikenakan PKPD 3 Hingga 16 Julai

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula Sabtu ini (3 Julai) hingga 16 Julai. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata mukim terlibat di Selangor ialah daerah Petaling (mukim Petaling, Damansara, Sungai Buloh dan Bukit Raja); Hulu […]

» Baca lanjut

CITF Luluskan Sektor Perladangan Dan Komoditi Dalam Program PPV Industri

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah meluluskan sektor perladangan dan komoditi sebagai sektor ekonomi keempat yang terlibat dalam program pusat pemberian vaksin (PPV) industri. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata tiga sektor ekonomi lain yang diluluskan sebelum ini adalah sektor pembinaan, pengangkutan dan pembuatan ataupun perkilangan. Menurutnya, pekerja bagi keempat-empat […]

» Baca lanjut
1 162 163 164 165 166 213