KDN Bakal Bina ICQS Bukit Berapit Pengkalan Hulu Baharu

LENGGONG, 20 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal membina bangunan baharu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu berhampiran pintu sempadan antarabangsa. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pembinaan itu susulan kedudukan ICQS Bukit Berapit yang agak jauh iaitu kira-kira 700 meter dari pintu sempadan antarabangsa hingga boleh menyebabkan isu pencerobohan dan […]

» Read more

Kerajaan Komited Bantu Perkembangan Industri Tenaga Boleh Diperbaharui – Ahmad Maslan

TANJUNG MALIM, 13 April – Kerajaan komited membantu pembangunan dan perkembangan industri tenaga boleh diperbaharui di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata antara bantuan sokongan yang diberikan ialah suntikan dana RM5 bilion dalam menyokong projek pembangunan lestari. “Kerajaan juga menyediakan dana RM2 bilion dalam Belanjawan 2023 bagi menyokong sektor tenaga hijau dan lestari, termasuk pembiayaan projek atau start–ups yang […]

» Read more

Mohamad Ucap Takziah Kepada Keluarga Koperal Mohammad Nasri

KUALA LUMPUR, 13 April – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas di Hutan Simpan Belum, Gerik, Perak, Jumaat lepas. Mohamad menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Nurhayatul Husna Abdul Muttalib. “Didoakan semoga roh […]

» Read more

RUU Anti Lompat Parti: Perbincangan Semua ADUN Pahang Dijadualkan Berlangsung Hari Ini – Mohd Sharkar

KUANTAN, 12 April – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy bersetuju untuk membawa Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti bagi dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang sekiranya mendapat sokongan dua pertiga daripada ahli dewan. Sehubungan itu, Speaker DUN Pahang merangkap ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, perjumpaan dengan semua pihak termasuk dari […]

» Read more

Masjid Tuminah Hamidi Lokasi Akhir Iftar Jamaie Ahmad Zahid Sebelum Ke Tanah Suci

BAGAN DATUK, 10 April – Masjid Tuminah Hamidi menjadi lokasi terakhir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan majlis iftar secara berjemaah bagi tahun ini sebelum berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah. Lebih bermakna lagi, iftar jamaie ini turut disertai oleh Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang berkenan untuk […]

» Read more
1 138 139 140 141 142 219