Kerajaan Kenal Pasti Keluasan Tanah Untuk Aktiviti Agromakanan – Ahmad Zahid

MACHANG, 20 Mei – Kerajaan menerusi Felcra Berhad sedang mengenal pasti keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan sebagai aktiviti agromakanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit. “Saya […]

» Baca lanjut

Isu Kalimah Allah: Kabinet Persembah Cadangan Kepada Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata ia turut melibatkan cadangan memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia. Perkara itu antara […]

» Baca lanjut

Tangani Isu Air; Kerajaan Koordinasi Peranan Jabatan, Agensi

SIK, 16 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan telah merancang beberapa langkah meminimumkan kesan cuaca panas kepada pengguna air domestik, industri dan pertanian, termasuk mengkoordinasikan peranan kementerian, jabatan dan agensi, selain kerajaan negeri “Monsun Barat Daya yang bermula semalam hingga akhir September, keprihatinan kami (kerajaan) adalah terhadap kekurangan air disebabkan musim kemarau yang […]

» Baca lanjut

Kerajaan Sedia Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Melampau

PUTRAJAYA, 16 Mei – Kerajaan sedia mengisytiharkan darurat jika cuaca panas di negara ini mencapai tahap suhu melampau, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diaktifkan berhubung pengisytiharan darurat, sekiranya cuaca panas melampau berterusan. “Kita sedang pantau 24 jam. Kalau ada darurat […]

» Baca lanjut

Elak Politiking Berlebihan Dan Jangan Jadikan Asas Kehidupan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 7 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat terus bersatu padu dengan mengelakkan politiking yang berlebihan dalam usaha memastikan kesatuan yang ada terus dikekalkan. Berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Bagan Datuk di sini malam tadi beliau berkata perbedaan warna-warna politik tidak seharusnya menjadi halangan kepada kesatuan masyarakat secara menyeluruh. “Terima kasih kepada pengunjung […]

» Baca lanjut

Saarani Tepis Khabar Angin ADUN Lompat Parti

IPOH, 6 Mei – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu yang akan melompat parti, sekali gus menyebabkan berlakunya peralihan tampuk pentadbiran Julai ini. Beliau berkata hal itu tidak berasas kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah meluluskan Enakmen Anti Lompat Parti pada 29 Disember tahun lepas. “Di […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Dua Pelajar Tajaan Mara Catat Pencapaian Terbaik Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA). Julea Qiestyna yang merupakan pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Perak memperoleh markah tertinggi […]

» Baca lanjut
1 132 133 134 135 136 214