Imarahkan Ramadan: ADUN Jeram Padang Seru Masyarakat Perkukuh Ibadah Dan Ukhwah

JEMPOL, 19 Mac – Program Ihya’ Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid As-Sobirin, Felda Bukit Rokan Barat disambut dengan penuh kesyukuran apabila masyarakat setempat hadir mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini. ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, yang turut hadir dalam majlis tersebut, menyeru umat Islam untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah, doa serta amalan kebajikan. Sebagai […]

» Read more

Program “Moh Dogheh Isi Minyak Motor Percuma” Dapat Sambutan Meriah di DUN Sungai Lui

SUNGAI LUI, 18 Mac – Program “Moh Dogheh Isi Minyak Motor Percuma” yang diadakan di Stesen Minyak Smart FELDA Pasoh 3 semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat, khususnya para penunggang motosikal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui. Program ini merupakan inisiatif Ahli Parlimen Jelebu merangkap Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dengan tujuan […]

» Read more

Iftar Bersama Orang Asli Erat Hubungan Kekeluargaan – ADUN Johol

JOHOL, 17 Mac – Majlis Iftar Ramadan bersama masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Air Lerek, Johol berlangsung dengan meriah sebagaimana tujuannya mengeratkan silaturahim antara komuniti selain menyemarakkan semangat perpaduan dalam bulan Ramadan. Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa secara beramai-ramai sebelum diteruskan dengan solat tarawih di Surau Air Lerek dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang […]

» Read more

RM220,450 Untuk Rakyat Jelebu Minggu Ini – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu diteruskan lagi hari ini apabila seramai 268 orang menerimanya. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata bantuan dalam pelbagai sektor  diharap dapat membantu mereka yang memerlukan demi kesejahteraan masyarakat setempat. “Seramai 268 menerima Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu hari ini. Ia merangkumi fokus sara hidup, perubatan, pendidikan […]

» Read more

Semai Perpaduan, Elak Utarakan Isu Sensitif Demi Keharmonian – Mohd Zaidy

JEMPOL, 11 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyeru masyarakat untuk terus menyemai perpaduan dan mengelakkan daripada membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keharmonian negara. Beliau menegaskan bahawa kestabilan dan keamanan negara bergantung kepada kesepakatan rakyat dalam menghormati perbezaan serta memperkukuhkan nilai-nilai kebersamaan. Menurut Mohd Zaidy, pelbagai kaum di Malaysia telah hidup […]

» Read more

Melaka Peruntukan RM300,000 Untuk 30 IPIS Berdaftar Penuh

MELAKA, 9 Mac – Kerajaan negeri menyalurkan sumbangan kepada 30 institusi pendidikan Islam swasta (IPIS) yang berdaftar penuh di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membabitkan peruntukan RM300,000, tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan tahunan RM10,000 kepada setiap IPIS itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan institusi berkenaan khususnya aspek pengoperasian. Beliau berkata, IPIS terlibat terdiri […]

» Read more

Kerajaan Johor Tekad Selesaikan Isu Parit Dan Saliran, Atasi Masalah Banjir – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 7 Mac – Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkaitan parit dan saliran di kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) susulan kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini. Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata satu penyelesaian bersepadu antara MBIP, agensi kerajaan, dan pihak […]

» Read more
1 89 90 91 92 93 176