Pusat Pengundian PRK Sungai Bakap Ditutup 6 Petang, Proses Pengiraan Undi Bermula

NIBONG TEBAL, 6 Julai – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berakhir selepas kesemua sembilan pusat pengundian yang dibuka bermula 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi pukul 6 petang ini. Pusat pengundian berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) […]

» Read more

Peratusan Anak Muda Keluar Mengundi Memberangsangkan – SPR

NIBONG TEBAL, 6 Julai – Peratusan anak muda keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun. Ramlan berkata selepas meninjau proses pengundian di tiga pusat pengundian di sini, beliau mendapati pola pengundian menyaksikan saluran anak muda merupakan paling banyak diisi. […]

» Read more

Proses Pengundian PRK DUN Sungai Bakap Berjalan Lancar – Polis

NIBONG TEBAL, 6 Julai – Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata setakat ini perjalanan proses mengundi berlangsung dalam keadaan baik malah pengundi juga dilihat keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. “Sehingga 10.30 pagi […]

» Read more

PRK: Hari Penentuan Sungai Bakap Memilih Wakil Rakyat

NIBONG TEBAL, 6 Julai – Rakyat di Sungai Bakap bakal menzahirkan pilihan mereka untuk menentukan siapakah yang bakal dipilih bagi mentadbir kawasan tersebut pada hari ini. Setelah melalui proses penamaan calon pada 22 Jun dan tempoh berkempen sehingga jam 11.59 malam 5 Julai, kini mereka telah ditanggungjawabkan untuk membuat pilihan demi masa depan Sungai Bakap. Sebanyak sembilan pusat pengundian yang […]

» Read more

Kerja Berpasukan Pasti Akan Membuahkan Hasil – Nur Farhana

  KOTA MELAKA, 2 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka, Nur Farhana Ab Ghani memegang prinsip ‘kerja berpasukan pasti akan membuahkan hasil’ dalam mengemudi ahli-ahlinya dan ia telah terbukti. Ujarnya, kata-kata yang diungkapkan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman amat tepat setelah melihat beliau menerajui parti di Bahagian sehingga berjaya merampas kerusi […]

» Read more

Jalaluddin Saran Kerajaan Lihat Semula Kebebasan Yang Diberikan Kepada UNHCR

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berpandangan kerajaan perlu melihat semula ruang dan bentuk kebebasan yang diberikan kepada UNHCR dalam soal mengurus tadbir pelarian di Malaysia. Beliau yang juga Exco Kanan Negeri Sembilan berkata sebahagian daripada pelarian ini merasakan Kad Pelarian UNHCR yang dimiliki membuatkan mereka kebal daripada dikenakan sebarang tindakan dan tidak teragak-agak […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Taqarrub… Wadah Dekati Rakyat, Beri Penjelasan – Dr Asyraf

NIBONG TEBAL, 30 Jun – Taqarrub merupakan sebuah wadah yang digunakan oleh jentera Barisan Nasional (BN) dalam membantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia juga menjadi platform terbaik untuk memberi penjelasan kepada rakyat dalam kumpulan kecil mengenai isu semasa parti […]

» Read more

Pembangunan Infrastruktur Untuk Masyarakat Sentiasa Jadi Keutamaan – Jalaluddin

JEMPOL, 11 Jun – Pembangunan Infrastruktur untuk masyarakat setempat sentiasa menjadi tumpuan Kerajaan Negeri Sembilan dan ia akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa demi keselesaan penduduk apatah lagi melibatkan kemudahan asas yang perlu dinikmati oleh mereka. Itu antara tumpuan Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias untuk penduduk di […]

» Read more

Program Jom Masuk Kampung Aplikasi Kebersamaan Santuni Masyarakat Setempat

JEMPOL, 11 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Program Jom Masuk Kampung KEMAS Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang telah berlangsung pada Jumaat-Sabtu baru-baru ini. Katanya, aplikasi yang dilaksana menerusi program tersebut dapat memudahkan masyarakat berkaitan pelbagai info dan maklumat tepat khususnya isu-isu semasa yang berlegar dan tular […]

» Read more
1 77 78 79 80 81 158