Pengagihan Wang Berleluasa, UMNO Terengganu Fail Petisyen Batal Keputusan Tiga Parlimen

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Terengganu menfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Terengganu bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu. Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan itu dilakukan atas salah guna kuasa oleh kerajaan negeri yang bertindak mengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu beberapa […]

» Read more

UMNO Amal Demokrasi Namun Perlu Disesuaikan Dengan Realiti Semasa – Pembahas Perlis

KUALA LUMPUR, 15 Jan – UMNO sentiasa mengamalkan demokrasi namun ianya perlu disesuaikan dengan situasi semasa. Naib Ketua UMNO Bahagian Kangar, Hamizan Hasan berkata, konsep demokrasi ini bukanlah sesuatu yang terpahat di batu ataupun tidak boleh diubah konsepnya dan boleh disesuaikan dengan realiti semasa. “Kita mengamalkan demokrasi tetapi kita juga jangan lupa bahawa demokrasi ini tidaklah sempurna dan boleh dimanipulasi. […]

» Read more

PRN Enam Negeri: UMNO Lantik Bapa Angkat, Fokus Strategi Gerak Kerja – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Bagi memastikan fokus dan strategi gerak kerja dapat disusun dengan baik sebagai kesiapsiagaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, UMNO melantik beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) dan menteri sebagai bapa angkat di negeri terbabit. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk […]

» Read more

Beri Peluang UMNO Terokai Dinamik Politik Demi Survival Masa Hadapan Parti

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap parti ini terus diberikan peluang untuk menerokai dinamik politik semasa untuk memastikan survival parti keramat ini. Katanya perkara ini menjadi keutamaan agar strategi yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti sebagai memulakan langkah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). “Itu penting jadi bagi peluang untuk kita mengurus […]

» Read more

Majoriti Perwakilan UMNO Sokong Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini, menyatakan sokongan terhadap usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata menerusi undian yang dijalankan pada 4.52 petang tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, […]

» Read more

PAU Khas Berjalan Lancar, Dua Pindaan Perlembagaan UMNO Berjaya Diluluskan

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan Agung Khas UMNO 2022 hari ini berjalan lancar dengan dua pindaan Perlembagaan berjaya diluluskan melalui sokongan sebulat suara oleh perwakilan yang hadir. Dua pindaan itu membabitkan kehadiran Ketua Penerangan sebagai perwakilan automatik pada PAU dan akta lompat parti itu dibentangkan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. PAU 2022 yang diadakan di Dewan […]

» Read more

UMNO Diseru ‘Buka Gelanggang’ Pemilihan, Tawar Semua Jawatan

KUALA LUMPUR, 12 Jan – UMNO diharapkan akan mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu sewaktu pemilihan yang perlu diadakan selewat-lewatnya Mei ini. Ketika sesi perbahasan sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO hari ini, beberapa perwakilan mahu ‘gelanggang’ pemilihan dibuka dan berpendapat pertandingan itu merupakan amalan demokrasi yang perlu diteruskan. Jurucakap Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan ketika melontarkan […]

» Read more

PAU 2022: Ucapan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Ketua Wanita UMNO

BismillahirRahmanirRahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan. SALUTASI: Yang Berbahagia Dato’ Saripah Aminah Syed Mohamad, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia; Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Setiausaha Agung UMNO Malaysia; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Azizah Johor, Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia; Yang Berbahagia Datuk Norliza binti Abdul Rahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia; Yang Berhormat […]

» Read more

Ahli UMNO Harus ‘Move Forward’ Dan Bangkit Semula – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 10 Jan – UMNO sebagai parti politik perlu bangkit semula dan paling penting adalah cara bagaimana untuk boleh bangun kembali.  Demikian tegasnya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan.  Beliau mengharapkan agar ahli parti terus pandang ke hadapan dan memastikan UMNO terus bangkit. “Kita sebagai parti yang kalah dalam pilihan raya, jadi jangan lupa […]

» Read more

Pemilihan UMNO Dibangkitkan Pihak Luar Untuk Keruhkan Suasana – Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil menegaskan tidak timbul soal pindaan perlembagaan bagi membolehkan jawatan tertinggi di dalam parti tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO kali ini dan beliau melihat ia hanyalah dibangkitkan oleh mereka yang mahu mengeruhkan suasana di dalan parti tersebut. Jelas beliau perkara itu yang berlegar hari ini berkemungkinan dibawa oleh mereka yang bukan […]

» Read more
1 30 31 32 33 34 158