COVID-19: 20,988 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Kekal Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini meningkat kepada 20,988 berbanding 18,762 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,786,004 kes. Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,073 kes, diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor […]

» Read more

COVID: 20,897 Kes Baharu Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Kes harian COVID-19 dalam negara meningkat semula ke paras 20,000 hari ini apabila sebanyak 20,897 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Semalam, kes harian menurun kepada 19,268 kes selepas merekodkan kes harian melebihi 20,000 kes selama enam hari sejak 24 Ogos dengan kes […]

» Read more

Labuan Beralih Ke Fasa Empat PPN – PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Labuan menjadi wilayah pertama di negara ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Nergara (PPN) berkuat kuasa Khamis ini selepas mencapai 92.4 peratus imuniti kelompok bagi populasi dewasa. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan itu berpandukan kadar vaksinasi lengkap dua dos di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Perkara ini disokong oleh […]

» Read more

Raja Perlis Harap Pelantikan Ismail Sabri Bawa Kestabilan Negara

KANGAR, 24 Ogos – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan akan membawa kepada kestabilan negara. Baginda juga berharap Ismail Sabri mampu mengurus dan menangani pandemik COVID-19 yang memberi kesan mendalam terhadap kehidupan rakyat. “Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di atas pelantikan […]

» Read more

Wakil Rakyat Perlu Amal Politik Matang, Jujur Dan Ikhlas Bantu Rakyat – Tengku Hassanal

KUANTAN, 23 Ogos – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menasihatkan wakil rakyat negeri ini agar mengamalkan politik lebih matang, jujur dan ikhlas untuk membantu rakyat serta memajukan negara.  Baginda bertitah rakyat dan negara tidak wajar dibebani dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan, terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 yang menyebabkan […]

» Read more

Ismail Sabri Pentingkan Ketepatan Masa, Utamakan Kebajikan Rakyat

BERA,21 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa, mudah didekati dan menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa mengira warna kulit. Berkongsi sisi peribadi Ahli Parlimen Bera itu, kenalan lamanya Abu Hassan Mohd Endut, 73, yang sudah mengenali Ismail Sabri lebih 20 tahun ketika sama-sama mula bergiat aktif dalam UMNO menyifatkan beliau sebagai […]

» Read more

PKPD Dilaksana Di Lapan Lokaliti, 34 Lokaliti Dilanjutkan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Lapan lokaliti di empat negeri iaitu Sabah, Terengganu, Kelantan dan Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 17 hingga 30 Ogos, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini berkata, lokaliti di Sabah yang terlibat ialah empat kampung […]

» Read more

Hospital Medan MERCY Malaysia Di Melaka Mula Beroperasi Hari Ini

MELAKA, 11 Ogos – Hospital Medan MERCY Malaysia yang dibangunkan berhampiran Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka di sini mula beroperasi dengan menerima pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat, hari ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata hospital sementara yang siap dalam tempoh empat hari selepas mula dibina Sabtu lalu mampu menempatkan maksimum 100 pesakit COVID-19 pada […]

» Read more

Kes Baharu COVID-19 Menurun Kepada 18,688 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kes baharu positif COVID-19 hari ini menurun kepada 18,688 kes berbanding 19,257 kes semalam.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,262,540. Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 6,565 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,883 kes, Kedah […]

» Read more

21 Lokaliti Di Terengganu Dikenakan PKPD – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Sebanyak 21 lokaliti di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi di Besut; sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun dan 11 lokaliti di Mukim Sura. […]

» Read more
1 121 122 123 124 125 158