Keputusan PRN Melaka Signal Baharu Rakyat, Kembali Yakin Pada BN – Ahmad Zahid

HANG TUAH JAYA, 20 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi Melaka atas kepercayaan yang diberikan kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Katanya, keputusan ini juga merupakan signal baharu daripada rakyat malah ianya juga akan diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. “Syukur Alhamdulillah kemenangan […]

» Read more

Tempoh Pengundian Hampir Tamat, Rakyat Melaka Diseru Keluar Mengundi

TANGGA BATU, 20 Nov – Tinggal beberapa jam sahaja lagi tempoh pengundian tamat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap para pengundi di seluruh Melaka dapat keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam usaha memilih wakil rakyat masing-masing sekaligus membentuk sebuah kerajaan negeri. Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah suasana tempat-tempat pengundian yang […]

» Read more

Sulaiman Seru Rakyat Keluar Mengundi, Melaka Perlukan Kerajaan Yang Stabil

MASJID TANAH, 20 Nov – Calon Ketua Menteri Melaka yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyeru pengundi yang belum mengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Ini kerana katanya, pilihan raya kali ini adalah Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi negeri Melaka untuk menubuhkan sebuah kerajaan dan selepas ini hanya akan diadakan dalam […]

» Read more

PRN Melaka Tampilkan Keunikan Gerak Kerja, Beza Dari Kelaziman – Shahril

MELAKA, 20 Nov – Dengan menyedari prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, pasukan Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) fokus kepada usaha-usaha produk dan saluran digital selain beberapa kempen fizikal yang berbeza dari kelaziman. Kata Ketuanya Shahril Hamdan, dari video harian menjawab isu yang berbangkit, sketsa, ceramah mobil, video rayuan calon, trak LED bergerak, infografik pelbagai, banyak inisiatif yang dibuat dan dicuba […]

» Read more

Hari Penentuan PRN Melaka: 476,037 Pengundi Bakal Tunai Tanggungjawab

MELAKA, 20 Nov – Hari ini, dalam tempoh tiga tahun setengah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat Melaka sekali lagi akan keluar mengundi bagi memilih kerajaan bagi mentadbir negeri itu. Mengikut data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini seramai 476,037 orang pengundi biasa bakal mengundi bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang […]

» Read more

Esok Penentuan Kestabilan Untuk Rakyat Melaka – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hampir tamat dan esok adalah penentuan sama orang Melaka mendapat kerajaan yang stabil dan makmur atau sebaliknya. Menurut beliau untuk memacu pembangunan yang baik mestilah negeri tersebut mempunyai kerajaan yang mahir mentadbir dan kestabilan turut penting kerana […]

» Read more

Puteri UMNO Seru Pengundi Pilih BN, Tolak PH Dan PN… Jangan Lupa Janji-janji Tak Tertunai

MELAKA, 19 Nov – Apakah lupa janji-janji Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan 22 bulan tetapi gagal menunaikannya atau mahu percaya kepada Perikatan Nasional (PN) yang dulunya adalah sebahagian daripada PH? Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan ketika berucap melalui segmen Pentas Anak Muda yang berlangsung malam tadi sempena kempen Pilihan Raya […]

» Read more

‘Track Record’ BN Terbukti, Harap Jadi Pertimbangan Rakyat Melaka Esok – Suhaila

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Barisan Nasional (BN) telah membuktikan Melaka adalah lebih stabil dan baik ketika pemerintahan parti berkenaan sebelum ini. Ketua Penerangan Wanita UMNO Selangor, Suhaila M. Zain berkata senario tersebut tentunya membolehkan rakyat Melaka dapat merasakan perbezaan tampuk pemerintahan. “Justeru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, gunakan hak anda sepenuhnya untuk memilih sebuah parti yang terbaik […]

» Read more
1 63 64 65 66 67 269