Anugerah Tokoh UMNO Iktiraf Pejuang Parti

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Sempena sambutan Jubli Intan ke 75, UMNO memberi pengiktirafan kepada 13 pemimpin Negeri-Negeri dengan memberikan Anugerah Tokoh UMNO. Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. “Pemimpin datang dan pergi dan mereka ini adalah wira-wira […]

» Read more

Ucapan Dasar Presiden UMNO – Perhimpunan Agung UMNO 2021

UMNO: MANDAT RAKYAT DEMI KESTABILAN Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap, Yang Berhormat Dato Seri Utama Timbalan Presiden UMNO Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, dan Yang Berbahagia Naib-Naib Presiden UMNO Ketua Wanita UMNO dan saf kepimpinannya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan saf kepimpinannya Ketua Pergerakan Puteri UMNO dan saf kepimpinannya Setiausaha Agung UMNO Bendahari Agung UMNO Ketua Penerangan UMNO Ahli-Ahli […]

» Read more

Laporan Setiausaha Agung UMNO Perhimpunan Agung UMNO 2021

LAPORAN YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021 18 MAC 2021 (JUMAAT) | DEWAN MERDEKA, WTC, KL Saudara dan Saudari Pengacara Majlis “Bismillahir Rahmanir Rohim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Tan Sri Datuk Paduka Haji Badruddin Amiruldin, Pengerusi Tetap UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Mohamad Haji […]

» Read more

UMNO Tidak Melihat Kuasa Semata-Mata, Tetapi Perjuangan Untuk Rakyat – Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pembahas Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata UMNO tidak melihat faktor kuasa semata-mata biarpun mencapai kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan terbaru di Johor. Menurut beliau jika melihat kepada senario berkenaan, rakyat telah mula memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) setelah menyesal dengan segala kepercayaan yang diberikan pada […]

» Read more

Wanita UMNO Jambatan Penghubung Antara Rakyat Dengan Pemimpin – Noraini

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan Wanita UMNO bukan hanya sekadar bertindak sebagai tulang belakang parti bahkan menjadi jambatan penghubung di antara rakyat dengan pemimpin. Katanya, Wanita juga disifatkan sebagai peneraju perjuangan kerana telah banyak menaburkan bakti dalam apa juga situasi, termasuk bertindak sebagai kumpulan penting ketika parti berhadapan dengan pilihan […]

» Read more

Perwakilan Sayap Mahu Pimpinan UMNO Capai Kata Sepakat Tentukan Pelaksanaan PRU15

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kepimpinan tertinggi UMNO perlu segera mencari kata sepakat dalam menentukan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Perkara berkaitan PRU dibangkitkan beberapa perwakilan sayap ketika membahaskan usul bagi sayap masing-masing di Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini. Ada perwakilan menyifatkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka tidak boleh […]

» Read more

KWSP: Langkah Bijak Kerajaan Bantu Pencarum – Perwakilan UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Langkah membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan kerajaan semalam terus menerima reaksi positif apabila ia turut disentuh ramai perwakilan pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini. Kebanyakan mereka yang mengalu-alukan langkah itu yang disifatkan sebagai langkah bijak, berkata tindakan itu mampu membantu kelangsungan hidup pencarum yang terkesan dengan […]

» Read more

Wanita UMNO Dikenali, Disegani Kawan Dan Lawan – Jumaeah

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Wakil Wanita UMNO dari Selangor, Jumaeah Masdi berpandangan Wanita memainkan peranan yang tersendiri sebagai tulang belakang parti keramat ini. Katanya, tidak mengambil kira ancaman dihadapan Wanita sentiasa komited dan konsisten dalam menghulurkan politik khidmat bakti kepada rakyat. “Wanita UMNO sememangnya sudah cukup dikenali dan disegani masyarakat sama ada kawan atau lawan. Sebut saja apa kebaikan […]

» Read more

Pemuda UMNO Mahu Akta Pendanaan Politik Disegerakan – Asyraf

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pemuda UMNO berharap kerajaan dapat menyegerakan pembentangan Akta Pendanaan Politik, bagi memastikan sumber kewangan parti dilaporkan secara telus kepada rakyat. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata melalui undang-undang itu, ia dapat memastikan tiada sebarang unsur rasuah mahupun salah guna kuasa dalam parti. Asyraf berkata agenda transformasi yang diangkat oleh Pemuda hari […]

» Read more

Pemuda UMNO Terus Pelopori Agenda Kepentingan Dan Kebajikan Rakyat – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 17 Mac –  Pemuda UMNO terus mempelopori agenda kepentingan dan kebajikan rakyat sehingga ke hari ini meskipun pada satu ketika sejurus selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu pelbagai tohmahan dilontarkan terhadap pergerakan berkenaan. Setiausahanya Datuk Hasmuni Hasan berkata Pemuda Jurubicara Rakyat dan Pemuda Bantu Rakyat bukan sahaja sekadar slogan malah ianya dibuktikan dengan kelibat anak-anak muda […]

» Read more
1 48 49 50 51 52 269