Mohd Zaidi Aziz Calon BN PRK Slim

TANJUNG MALIM, 12 Ogos – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi UMNO Perak merangkap Pengarah PRK Slim, Datuk Saarani Mohamad dalam satu sidang media di Dewan Rajawali Felda Residence, […]

» Read more

182 Individu Ingkar PKPP Ditahan Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Seramai 182 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 18 direman, dua dijamin manakala 162 individu lagi dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal. Polis Diraja Malaysia (PDRM) […]

» Read more

Isu Harga Siling Pelitup Muka Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Isu harga siling pelitup muka antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan oleh Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Chong bertanya mengenai rasional KPDNHEP […]

» Read more

COVID-19: Hanya Tiga Negeri Ada Individu Dari Kluster Sivagangga

MELAKA, 9 Ogos – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan hanya tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, merekodkan individu positif COVID-19 dari Kluster Sivagangga, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata satu kes positif COVID-19 yang dilaporkan dari kluster sama di Selangor semalam, masih dalam siasatan, manakala dua kes di Perak merupakan kes Influenza-Like Illness (ILI). “Sehingga […]

» Read more
1 246 247 248 249 250 269