Kesepakatan UMNO Terserlah, Pindaan Perlembagaan Demi Kelangsungan Perjuangan – Rais

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Pindaan Perlembagaan UMNO yang sebulat suara diluluskan memperlihatkan kesatuan dan permuafakatan di parti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi  (MKT) UMNO, Datuk Rais Yasin. Beliau ketika ditemui UMNO-Online menyifatkan perkembangan berkenaan amat baik dan sekaligus menggambarkan kesatuan yang utuh parti untuk bergerak mendepani cabaran seterusnya. “Kita berada dalam suasana yang paling indah, yakin dan percaya pada […]

» Read more

Muafakat Aset Terbaik UMNO Menuju PRU15 – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan kesyukuran dengan Perhimpunan Agung Khas UMNO yang dilaksanakan semalam. Beliau yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam berkata permuafakatan ditunjukkan ternyata merupakan penanda aras terbaik termasuk dalam kalangan ahli parti sebagai persediaan menuju ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak. “Saya tengok memang begitu keadaannya malah […]

» Read more

Kejayaan Pindaan Perlembagaan Gambarkan Kesepakatan UMNO – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin percaya pindaan perlembagaan parti yang telah berjaya diselesaikan semalam menggambarkan kesepakatan yang jitu di kalangan ahli UMNO. Tegas beliau itulah kelebihan dan itulah keistimewaan UMNO yang mana keutamaan parti berada di depan dan masing-masing seia-sekata dalam usaha memastikan kelangsungan parti. “Tahniah kepada seluruh perwakilan […]

» Read more

UMNO Beri Isyarat Ruang Dibuka Seluasnya Sambung Perjuangan, Pindaan Untuk Menyatukan – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata, pindaan Perlembagaan UMNO adalah bertujuan untuk menyatukan parti. Ini kerana katanya, UMNO tidak boleh berpecah belah dan UMNO akan rugi jika tidak bersatu padu malah UMNO tidak akan boleh beri yang terbaik kepada rakyat Malaysia jika kepimpinan parti tidak sepakat dalam membuat keputusan. “Yang dirindui oleh segenap rakyat […]

» Read more

Lulus Pindaan Perlembagaan Parti Bukti Kesepakatan UMNO, Angkat Suara Keramat Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Pindaan Perlembagaan UMNO yang sebulat suara diluluskan hari ini disifatkan oleh ramai pemimpin parti sebagai suara keramat akar umbi yang mahukan kestabilan parti terus kekal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas PRU memberi […]

» Read more

UMNO Sedia Hadapi PRU, Tarikh Kerajaan Tentukan

KUALA LUMPUR, 15 Mei – UMNO bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagaimanapun tarikh bila ia akan diadakan ditentukan oleh kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh PRU15 akan ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet. “Parti adalah berbeza dengan kerajaan. Parti pun tahu kalau ada cadangan, saya bawa ke Kabinet dan […]

» Read more

UMNO Kekal Relevan Kerana Kesediaan Melakukan Perubahan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak ditubuhkan UMNO telah melalui fasa-fasa perubahan sesuai dengan kedinamikan politik pada sesuatu masa. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, fleksibelnya sifat politik UMNO yang sentiasa melakukan perubahan dan sesuai dengan kehendak politik semasa.   “Malah, kesediaan melakukan perubahan, menjadikan UMNO terus kekal relevan dalam iklim […]

» Read more
1 40 41 42 43 44 286