Wanita Adakan Solat Hajat, Puteri Minta Perbicaraan Adil Untuk Najib

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Wanita UMNO dukacita atas penangkapan Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini. Ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad berkata. sebagai seorang rakyat yang telah banyak berjasa kepada negara, Wanita UMNO mendesak supaya beliau diberikan hak sepenuhnya kepada perbicaraan yang telus, adil. Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa Najib […]

» Read more

Najib Ditahan Dan Didakwa Esok

PETALING JAYA, 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara pada petang Selasa. Penangkapan itu dibuat ketika SPRM masih merekodkan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, serta anak tirinya, Riza Aziz berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebelum ini, SPRM […]

» Read more

Semua ADUN BN Kecuali Musa Hadir Angkat Sumpah Anggota Dewan Sabah

KOTA KINABALU, 2 Julai – Semua Wakil Rakyat yang menyokong kepimpinan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, kecuali Musa sendiri, mengangkat sumpah semula sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini. Angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali, berlangsung kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum pembukaan Mesyuarat Pertama […]

» Read more

Kemuka Bukti Jika Benar Wujud Politik Wang – Mohamad

SEREMBAN, 2 Julai – “Sekiranya benar wujud amalan politik wang pada pemilihan UMNO bukti perlu dikemukakan,” kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata ini bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. “Tidak usahlah cakap sahaja, jika ada bukti buat laporan,” katanya selepas majlis angkat sumpah Speaker, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

» Read more

Mustapa Harap Akan Ada Wakil Kelantan Dalam Kabinet PH

KOTA BHARU, 27 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan ada wakil Kelantan dalam kabinet kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan bagi memastikan aspirasi rakyat negeri ini dapat dimajukan ke peringkat pusat. Beliau berkata walaupun terdapat banyak saluran lain untuk mengutarakan pelbagai hal berkaitan negeri ini tetapi perwakilan secara langsung dalam kabinet adalah penting dalam memastikan […]

» Read more

PH Dan Dap Mirip Bergerak Ke Sistem Republik

KUALA LUMPUR, 26 Jun – UMNO memandang serius tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dilihat sebagai langkah awal Kerajaan Pakatan Harapan (PH), khususnya Dap untuk mencabar kewujudan Akta Hasutan 1948, kata Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO. Sehubungan itu, katanya UMNO menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya memperhalusi tindakan bagi memelihara keharmonian negara. “Sebagai Perdana Menteri, […]

» Read more

Ugut Penjawat Awam : Tindakan Kerajaan PH Bertentangan Harapan Rakyat

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Nampaknya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mula menunjukkan ciri-ciri diktatornya apabila Menteri-menteri Kabinetnya mula mengugut penjawat awam dengan pelbagai cara, sekali gus bertentangan dengan harapan rakyat yang mahu sebuah kerajaan yang bersih, kata Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO. Katanya, sungguh menyedihkan apabila ia sudah mula berlaku, dan rakyat patut menyedarinya […]

» Read more

Tugas Menteri Kewangan Dipersoal, Kerajaan PH Ditegakkan Hanya Untuk Kaburi Kepincangan Kroni

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Setelah memaklumkan kepada rakyat betapa Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menunaikan manifesto pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari seperti yang dijanjikan, mereka cuba mengalih perhatian rakyat dengan mendakwa wujudnya banyak lagi kepincangan Barisan Nasional (BN) yang perlu dibongkar. Selaras dengan itu, Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO mempersoalkan apakah bidang tugas Lim Guan Eng sebenarnya […]

» Read more

Aidilfitri Madrasah Umat Islam Perkukuh Ukhuwah – Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kehadiran aidilfitri merupakan nikmat besar dari ilahi kerana selain berkesempatan mengerjakan ibadah puasa, ianya juga merupakan perundangan dan madrasah agar umat Islam memperkukuh ukhuwah dan tali persaudaraan antara satu dengan yang lain. Menurut beliau,  ia juga turut merangkumi asas yang satu, […]

» Read more
1 241 242 243 244 245 246