Malaysia Guna Vaksin Sinovac Khamis Ini, Khairy Jamaluddin Pengguna Pertama

PUTRAJAYA, 15 Mac – Malaysia akan menggunakan vaksin COVID-19 jenis Sinovac bermula Khamis ini, dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, menjadi penerima pertama suntikan vaksin keluaran China itu. Mengumumkan perkara itu dalam sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini, Khairy berkata beliau akan menerima suntikan pertama vaksin Sinovac itu di Hospital Rembau, […]

» Read more

SPR Diminta Perjelas Perkembangan Undi 18 – Reezal

SHAH ALAM, 14 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta untuk memperjelaskan perkembangan terkini berhubung pelaksanaan undi 18 tahun agar rakyat mendapat maklumat yang betul dan jelas berhubung isu tersebut. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata SPR selaku badan bebas, harus tampil membuat penjelasan kerana perjalanan dasar undi 18 kini memasuki fasa pelaksanaan. “Peringkat penggubalan […]

» Read more

Demi Kepentingan Semua Pihak, Cadangan MIMBAR Perlu Diperhalusi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MIMBAR) berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu diperhalusi. Memetik dari laporan media, antara cadangan MIMBAR adalah semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan bagi memberi peluang kepada pelajar dan murid yang tercicir untuk ‘catch […]

» Read more

Tubuh Jawatankuasa Siasat Dalang Di Sebalik Buku Teks Sejarah – PEMENANG

GEORGE TOWN – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mencari dalang di sebalik kandungan bab 6 Buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4. Presidennya, Tan Sri Yussof Latiff berkata, penubuhan jawatankuasa menerusi Kementerian Pendidikan itu mampu membongkar sama ada individu berkenaan mempunyai agenda menerapkan ideologi komunisme dalam kalangan generasi muda. “Selain […]

» Read more

KKMM Cadang Tubuh Yayasan Bantu Petugas Media Kehilangan Kerja – Zahidi

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang untuk menubuhkan yayasan khas bagi membantu petugas dalam industri media yang kehilangan pekerjaan, kata Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin. Beliau berkata cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan bersama persatuan-persatuan melibatkan media, namun beliau menjangkakan yayasan tersebut dapat ditubuhkan dalam tempoh terdekat. Jelasnya, yayasan itu bukan sahaja berfungsi untuk […]

» Read more

Suntikan Vaksin Covid: Hampir Tiga Juta Telah Daftar Menerusi MySejahtera

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Seramai 2,990,577 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera setakat pukul 8.00 pagi ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulllah menerusi infografik di Twitter rasmi beliau pagi ini memaklumkan sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka pada 24 Feb lepas, Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi […]

» Read more

Individu Potong Barisan Suntik Vaksin Boleh Didenda RM50,000, Penjara Enam Bulan

PUTRAJAYA, 4 Mac – Individu yang “memotong barisan” untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 31 yang merupakan peruntukan baharu di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11 […]

» Read more

Malaysia Sokong Semua Usaha Tamatkan Krisis Politik Di Myanmar – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Malaysia akan menyokong sebarang usaha ke arah perdamaian dan mencari penyelesaian terhadap perbalahan dalam kalangan pemimpin Myanmar bagi mengelak kesan buruk kepada rakyat dan negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Hishammuddin berkata Malaysia juga meminta pemimpin politik yang ditahan di Myanmar termasuk Daw Aung San Suu Kyi, U Win Myint dan rakan-rakan […]

» Read more

Perancangan Persekolahan 2021 Perlu Diberi Penekanan, Elak Ibu Bapa Terbeban – Khaidirah

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Sesi persekolahan akhirnya bermula pada Mac ini setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membuka sekolah rendah pada hari ini bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 manakala 8 Mac bagi Tahun 3 hingga Tahun 6. Manakala bagi beberapa negeri lain, sekolah menengah akan dibuka pada April depan dan hari ini sahaja, rata-rata dapat dilihat […]

» Read more

Garis Panduan Diwujudkan Elak Isu Potong Barisan Suntikan Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA, 1 Mac – Kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu ‘potong barisan’ untuk program vaksinasi COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata keputusan itu dibuat pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang mana dokumen garis panduan tersebut memperincikan mengenai […]

» Read more
1 206 207 208 209 210 284