PRN Johor: 2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah keseluruhan itu, 22,536 orang merupakan pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,578 pula anggota polis dan pasangan […]

» Read more

PRN Johor: MCMC, Telco Sediakan Internet Berkelajuan Tinggi Di Lokasi SPR, Parti Politik

BATU PAHAT, 28 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi (telco) dalam menyediakan capaian Internet berkelajuan tinggi bagi melicinkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata lokasi utama bagi pemasangan peralatan capaian Internet akan ditumpu kepada lokasi operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan parti politik yang bertanding. […]

» Read more

BN Johor Selaraskan Aktiviti Kempen PRN Ikut SOP Yang Digariskan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diumumkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Febuari depan sudah tentu akan menjadi tumpuan setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada minggu lalu dan parti-parti politik akan bersaing dalam usaha meraih sokongan para pengundi. Pelbagai parti politik yang berdaftar termasuklah UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) sudah […]

» Read more

Kutipan Hasil Kastam 2021 Cecah RM42.50 Bilion, Lepasi Sasaran RM40 BILION – PM Ismail Sabri

PETALING JAYA, 26 Jan – Kutipan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi 2021 mencecah RM42.50 bilion, melepasi sasaran awal RM40 bilion yang ditetapkan Kementerian Kewangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Berucap merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-40 hari ini, Perdana Menteri berkata tahun 2021 juga menyerlahkan keunggulan sektor penguatkuasaan Jabatan Kastam, apabila berjaya menumpaskan kartel pengedaran dadah […]

» Read more

Rancangan Bina Pelabuhan Baharu Di Kudat Diteruskan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 26 Jan – Kerajaan Sabah akan meneruskan rancangan untuk membina sebuah pelabuhan baharu di Kudat bagi merancakkan ekonomi setempat dan melonjakkan hasil pendapatan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata sebelum ini rancangan tersebut tertangguh, namun ia akan diteruskan memandangkan daerah berkenaan berpotensi dibangunkan selain lokasinya yang stategik bagi pembangunan ekonomi berasaskan pelabuhan. […]

» Read more

PRN Johor: BN Boleh Guna Pendekatan Sama Seperti PRN Melaka – Mahdzir

KOTA BHARU, 26 Jan – Barisan Nasional (BN) boleh mengambil pendekatan yang sama untuk digunakan semasa kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk menghadapi PRN Johor kelak kerana strategi yang digunakan membuktikan kejayaan itu berpihak kepada parti itu. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata namun begitu apa jua strategi yang diambil akan diberikan sokongan padu oleh jentera parti. […]

» Read more

Kerajaan Benarkan Guru, Petugas Kemas Berpolitik Berkuat Kuasa Serta-Merta – PM

KOTA BHARU, 22 Jan – Kerajaan hari ini mengumumkan kebenaran kepada kesemua guru sekolah di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi iaitu hak seluruh rakyat untuk berpolitik. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu turut melibatkan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bebas untuk berpolitik. Justeru kata beliau, Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan pekeliling mengenai kebenaran tersebut […]

» Read more

Maszlee Buat Tuduhan Tanpa Bukti, Sepatutnya Bimbang Tak Tunai Janji Hapus Tol Simpang Renggam

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Membuat tuduhan tanpa bukti dan datang pula dari seorang bekas ilmuan seperti Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik hanya menjatuhkan imej yang beliau sering cuba gambarkan sendiri di media sosial, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Farid Mohd Nor. Katanya, adalah lebih baik Maszlee bimbangkan janjinya sendiri untuk menghapuskan tol di Simpang […]

» Read more

Ahli Parlimen Kemuka Pelbagai Cadangan Tangani Bencana Banjir

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang hari ini mengambil peluang melontarkan pelbagai cadangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan bencana banjir bagi mengelak berulangnya kejadian banjir penghujung tahun lalu yang mengorbankan 55 nyawa selain memusnahkan harta benda. Antara cadangan tersebut ialah pembinaan terowong SMART kedua, mengadakan penempatan semula, mewujudkan sistem ramalan cuaca lebih canggih serta jawatankuasa […]

» Read more

Pemberian Vaksinasi Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Bermula Februari

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Jan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG), dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak. […]

» Read more
1 172 173 174 175 176 285