Program Semarak Niaga Perbanyak Akses Pembiayaan Kepada Sektor Perniagaan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia yang dilancarkan hari ini dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta sektor informal. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti untuk dimanfaatkan oleh […]

» Baca lanjut

Fitnah Untuk Kelirukan Rakyat, PH Cakap Lain Buat Lain – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 17 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Nehgeri (PRN) Johor pada 26 Februari dengan pengundian pada 12 Mac setelah Sultan Johor perkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun demikian, sehingga kini pihak pembangkang masih berterusan mencanang bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) gila kuasa. Dalam hal ini, Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang […]

» Baca lanjut

Najib Saran Benarkan Pengeluaran Terakhir i-Citra Selepas Pemberian Dividen KWSP 2021

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berpendapat masa yang paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas ialah selepas dividen 2021 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar kepada pencarum tidak lama lagi dan sebelum hari raya. Katanya, dengan sokongan yang diumum Ketua Pemuda Perikatan Nasional […]

» Baca lanjut

Isu Pembukaan Sempadan Negara Dibincangkan Di Kabinet

BUTTERWORTH, 10 Feb – Pembukaan sempadan negara bukan isu mudah kerana melibatkan pelbagai kementerian dan perlu dibincangkan di peringkat Kabinet untuk dimuktamadkan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 mengalu-alukan pengumuman Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari yang mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac. “Antara […]

» Baca lanjut

PRN Demi Kemakmuran Rakyat, BN Sedia Tangkis Tohmahan Pihak Lawan – Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Feb – UMNO Bakri bukan sahaja telah menggerakkan segala keperluan dan perancangan untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan (SPPR), malah turut bersedia untuk menangkis segala tohmahan yang akan berlegar sepanjang PRN nanti. Ketua bahagiannya, Fuad Tukirin berkata tentunya antara tohmahan pihak lawan adalah berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

» Baca lanjut

PRN Johor: Tarikh Mengundi 12 Mac, Penamaan Calon Pada 26 Feb – SPR

JOHOR BAHRU, 9 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac. Pengumuman dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di […]

» Baca lanjut

Harga Barang: Zahid Gesa Tindakan Signifikan Bantu Rakyat… Zaman BN Dah Rangka Pelbagai Akta

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap pengumuman harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen belum cukup signifikan untuk membantu rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup. Tegasnya, isu berhubung peningkatan kos pengeluaran barang keperluan yang sering dijadikan alasan harus diperhalusi bagaimana untuk menanganinya. “Jika isu harga barang keperluan ini tidak ditangani […]

» Baca lanjut

Keputusan Laksana Fasa Peralihan Ke Endemik Bergantung Kepada JKKPP – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Keputusan menentukan masa bagi pelaksanaan fasa peralihan ke endemik bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP), menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata keputusan itu akan dibuat JKKPP yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan. “Setakat ini perancangan […]

» Baca lanjut
1 165 166 167 168 169 279