Pelbagai Medium Kuatkan Parti Pelbagai Peringkat UMNO Tangga Batu – Rais

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perjumpaan berkala dan tidak berkala bersama pimpinan UMNO bahagian Tangga Batu termasuklah pimpinan cawangan merupakan salah satu pendekatan yang diambil Datuk Rais Yasin selaku Ketua UMNO bahagian berkenaan dalam usaha memperkasakan lagi parti di semua peringkat. Di samping pelbagai tugas sebagai Exco serta wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, usaha memperkemaskan lagi struktur […]

» Read more

Transformasi Premis Komersial: MARA Setuju Wujudkan Pasukan Khas – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju untuk mewujudkan satu pasukan khas bagi memperhalusi dan merencanakan pelan transformasi premis komersial MARA. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan laporan orang ramai dan lawatan mengejut dilakukan sebelum ini memperlihatkan keadaan premis-premis tersebut. “Mempengerusikan Mesyuarat Majlis MARA sebentar tadi. Berasaskan laporan, maklum balas orang […]

» Read more

Puteri UMNO Perlu Miliki Anjakan Paradigma Perkasakan Parti – Bung Moktar

KUNDASANG, 8 Okt – Ahli-ahli Puteri UMNO digesa agar memiliki anjakan paradigma, terus aktif dan berevolusi seiring dengan perubahan zaman bagi membantu memperkasakan parti. Ketika membuat gesaan ini, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ahli Puteri UMNO perlu menyedari mereka merupakan sebahagian dari komponen penting dalam organisasi parti. “UMNO merupakan sebuah organisasi yang besar. Wanita, Pemuda dan […]

» Read more

GISB: Johor Tubuh Jawatankuasa Khas Pulih Akidah, Selaras Bantu Anak Pengikut

JOHOR BAHRU, 3 Okt – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemurniaan Pengikut-Pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd yang akan berperanan merangka gerak kerja pemulihan akidah. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatankuasa berkenaan turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB. “Kerajaan negeri akan […]

» Read more

UMNO Kedah Simpati Bencana Banjir Dan Ribut Melanda, Kerajaan Pusat Salur Bantuan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin meluahkan rasa simpati terhadap rakyat negeri Kedah yang dilanda bencana banjir dan ribut. Beliau yang juga Jurucakap Khas Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata tindakan pantas Kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan awal sebanyak RM1,000 dapat meringankan beban mangsa banjir dan bencana banjir. “UMNO Kedah menyambut […]

» Read more

Anak Muda Bersama UMNO/BN, Onn Hafiz Sampaikan Aspirasi Angkat Agenda Belia

KLUANG, 16 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini meluangkan masa bersama anak muda dalam menyampaikan aspirasi parti dan negeri bagi mengangkat agenda martabat golongan tersebut. Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, kerajaan negeri komited dalam melaksana agenda yang menfokuskan kepada golongan ini termasuk membuka peluang pekerjaan dan ekonomi dengan kewujudan Zon Ekonomi […]

» Read more

Kemelut Bola Sepak Kedah: UMNO Negeri Kecewa Sikap MB

KUALA LUMPUR, 10 Sept – UMNO Kedah mengecam sekeras-kerasnya sikap Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Presiden KFA yang dilihat mengambil sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab berhubung isu pasukan bola sepak negeri berkenaan. Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pihaknya yakin dan percaya keputusan menswastakan bola sepak negeri tanpa strategi perniagaan yang […]

» Read more

Tengku Azman Hargai Keprihatinan UMNO, Jalan TAR Bakal Jadi Zon Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Cadangan untuk menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai zon khas ekonomi kebudayaan, kesenian dan warisan Bumiputera yang diusulkan dalam sesi Perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024) telah disambut baik kepimpinan parti. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin melahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad […]

» Read more

Dewan Merdeka Sebak, Ahmad Zahid Bacakan Puisi Khas Untuk Najib

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Dewan Merdeka tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2024 diselubungi kesedihan apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan puisi khas buat mantan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menerusi ucapan penggulungan, Ahmad Zahid pada akhir ucapannya, semalam beliau membacakan puisi khas bagi menggambarkan perasaannya untuk dikongsi bersama para perwakilan […]

» Read more

Beban Ekonomi, Kehidupan Rakyat Bawa Kesan Kepada Kesihatan Mental – UMNO WP

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – UMNO Wilayah Persekutuan membangkitkan permasalahan kehidupan dan beban ekonomi yang melingkari rakyat di bandar khususnya yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur. Wakilnya, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, semua permasalahan yang timbul itu akhirnya akan memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi dalam institusi keluarga. “Bercakap soal kos sara hidup, memang kita acapkali menjadikan […]

» Read more
1 14 15 16 17 18 281