Laksanakan Lima Resolusi Gig-Ekonomi, Jadikan Malaysia Revolusi Perlindungan Pekerja – Mohd Fadzil

ALOR SETAR, 21 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyokong langkah Pemuda UMNO Malaysia yang memperjuangkan nasib pemandu p-hailing dan e-hailing yang selama ini tidak wujud kepedulian mana-mana pihak mahupun usaha bagi melindungi hak-hak mereka. Ketuanya, Mohd Fadzil Zolkifli berkata, lima resolusi yang dibawa Pemuda UMNO Malaysia itu adalah perintis bagi kerajaan merevolusikan pembaharuan sektor pekerjaan negara dan boleh menjadi […]

» Read more

Bangga Prinsip Ditunjukkan Noraini Ahmad, Akur Kehendak Parti Berbanding Imbuhan Jawatan – Sharifah Maznah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Wanita UMNO Kedah mewakili seluruh barisan jawatankuasa perhubungan wanita negeri, saf pimpinan di peringkat bahagian dan seluruh ahli wanita cawangan wanita UMNO di negeri mengucapkan penghargaan dan tahniah di atas prinsip yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Ketuanya, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim berkata perletakan jawatan selaku Menteri Pengajian Tinggi berkuatkuasa adalah bukti […]

» Read more

Laporan Polis Terhadap PM, Kenyataan Campurtangan Urusan Mahkamah Amat Serius

ALOR SETAR, 5 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini bagi meminta polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media semalam yang mana beliau menyebut mengenai adanya unsur mempengaruhi beliau supaya campurtangan urusan mahkamah dalam perbicaraan kes jenayah individu tertentu. Ketuanya, Syed […]

» Read more

Gagal Eksperimen Darurat, Sekarang Ke Mana Haluan Kerajaan? – Mohd Fadzil

KUALA LUMPUR, 27 Julai – “Apakah kerajaan Malaysia masih berfikir orang Malaysia ini masih bodoh dan akan menerima sahaja tindakan mereka yang tidak telus?” demikian luahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkipli berkenaan pembatalan darurat secara tiba-tiba oleh kerajaan. Katanya, rakyat mempersoalkan adakah benar darurat ditamatkan 21 Julai atau hanya keputusan dibuat tergesa-gesa berikutan arahan letak jawatan Presiden […]

» Read more

Parlimen Bersidang: Kerajaan Jangan Beri Alasan, Cukuplah Sajian Madah Berhelah

ALOR SETAR, 21 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah tidak mahu lagi mendengar alasan demi alasan kenapa Parlimen tidak boleh dibuka dan cukuplah dengan sajian madah berhelah yang tidak menyelerakan. Tegas Ketuanya Mohamad Fadzil Zolkipli, dengan tiada lagi alasan apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan (YDP) Agong sendiri bertitah agar Parlimen bersidang dengan segera dan tiada halangan soal undang-undang […]

» Read more

Kisah Perayu Undi Berhujan Di Tg Piai, Jangan Sia-siakan Kesetiaan Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengimbau bagaimana semangat juang seorang wanita yang sanggup berhujan ketika merayu undi pada pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai sebelum ini yang menggambarkan semangat juang ahli parti di akar umbi. Dengan penuh semangat, beliau yang mewakili UMNO Kedah pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2020 […]

» Read more

Lagi Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas, Dakwa Segera Kerana Fakta Tidak Betul, Menghina, Fitnah

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas terus dibuat berhubung penerbitan buku berbentuk memoir ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah. Wanita UMNO Kedah mahu siasatan dilakukan segera kerana Tommy telah melanggar sumpah kerahsiaan jawatan dengan mendedahkan kepada umum bagi tujuan komersial, keuntungan dan sensasi […]

» Read more

Tommy Thomas Tiada Integriti, Cemar Institusi Perundangan Negara – Syed Johan

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Tidak pernah dalam sejarah perkhidmatan awam negara, pegawai peringkat paling tinggi kerajaan yang telah menamatkan perkhidmatan mengeluarkan sebuah buku yang mendedahkan pelbagai rahsia negara yang belum pasti kesahihannya. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, walaupun ramai pemimpin telah membukukan pengalaman mereka sepanjang puluhan tahun menabur bakti dalam […]

» Read more

Isu Kartel Daging Haram: Lagi Pihak Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas, Drastik

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mendesak agar tindakan drastik dan tegas diambil dalam kadar segera bersesuaian dengan enam saranan yang telah dibentangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini berhubung isu kartel daging haram. Kata Ketuanya, Mohd Ariff Abdul Majid, sesemua pihak yang terlibat umpama pengkhianat negara kerana sanggup membelakangi agama demi kepntingan peribadi. “Tindakan terhadap […]

» Read more
1 64 65 66 67 68 160