Azalina Wanita Pertama Pegang Jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said melakar sejarah sebagai wanita pertama di negara ini memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat . Azalina, 57, dipilih memegang jawatan itu selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan anak jati Johor itu sebagai Timbalan Yang Dipertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. […]

» Read more

Unit Pembangunan Strategik Ekopelancongan Galak Pemuliharaan Biodiversiti Dan Jana Pendapatan – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan menubuhkan  Unit Pembangunan Strategik Ekopelancongan bagi  menggalakkan pemuliharaan biodiversiti dan menjana pendapatan ekonomi kepada rakyat serta negara. Menterinya,  Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata inisiatif berkenaan bagi menggiatkan aktiviti ekopelancongan yang merupakan salah satu inisiatif tawaran baharu KeTSA bagi tempoh 2020 hingga 2023 di bawah komitmen menguruskan sumber […]

» Read more

Menyampaikan Amanat

ALOR SETAR 3 Julai — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyampaikan ucapan pada Majlis Taklimat dan Ramah Mesra bersama bersama seluruh Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah di sini hari ini. Foto–FB Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

» Read more

Keseimbangan Kebajikan Golongan Lama, Muda Jadi Matlamat Mohd Sharim

PEKAN, 1 Julai – Keseimbangan antara kebajikan generasi lama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan membantu golongan muda yang mahu kekal di kampung menjadi antara aspek utama yang mahu diperjuangkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, Mohd Sharim Md Zain. Mohd Sharim berkata, sebagai calon berusia 41 tahun, golongan muda melihat beliau sebagai individu […]

» Read more

Kompleks ICQS Padang Besar Dan Durian Burung Dibuka – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan untuk membuka Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan di Durian Burung, Kedah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata ia akan dibuka bagi kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja. “Agensi-agensi yang terlibat telah dimaklumkan […]

» Read more

PRK Chini: Mohd Sharim Tidak Ambil Kisah Isu Bukan Anak Pahang

PEKAN, 29 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Mohd Sharim Md Zain tidak mahu terlalu memikirkan dakwaan pihak tertentu bahawa beliau bukan anak jati Pahang, yang dilihat cuba menidakkan kelayakan beliau untuk bertanding sebagai calon di DUN itu. Mengakui dilahirkan di Alor Setar, Kedah, Mohd Sharim berkata apa yang penting […]

» Read more
1 142 143 144 145 146 160