Pampasan Air : ‘Pengorbanan’ Negeri Lain Juga Perlu Diambil Kira – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Saranan Kementerian Alam Sekitar dan Air supaya kerajaan Pulau Pinang menyumbang dalam bentuk kewangan kepada Kedah selepas kerajaan negeri itu berkorban untuk tidak meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda di negeri itu adalah saranan yang baik. Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata cuma apa yang […]

» Read more

Mesyuarat Isu Pencemaran Air

SIK, 15 DIS — Datuk Suraya Yaacob mempengerusikan Mesyuarat Isu Pencemaran Air di Kampung Berona. Turut hadir bersama Puan Norulhuda Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah,Wakil dari Syarikat Air Darul Aman,Wakil PDRM Kuala Muda,Encik Khittob Pengarah SPAN Wilayah Utara dan Wakil Jabatan Alam Sekitar.

» Read more

PKPB Di Beberapa Negeri Ditamatkan Untuk Elak Impak Ekonomi – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Susulan pengurangan kes jangkitan COVID-19 di beberapa negeri, kerajaan hari ini membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu dilakukan setelah mempertimbangkan impak semasa dan jangkaan kesan terhadap pemulihan ekonomi yang terpaksa dihadapi sekiranya PKPB terus dilaksanakan. “Dijangkakan […]

» Read more

PKPB: Laksana Situasi Menang-Menang Untuk Pulih Sektor Ekonomi, Pelancongan – Sharkar

KUANTAN, 2 Dis – Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan adalah sewajarnya kerajaan hanya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan merah dan kuning sahaja. Katanya, ini amat penting bagi merancakkan kembali ekonomi negara dan memulihkan kembali sektor pelancongan. “Sektor pelancongan perlu dipulihkan segera kerana ramai pemain industri ini […]

» Read more

COVID-19 Rekod Jumlah Harian Tertinggi Baharu 1,884 Kes, Ragut Dua Lagi Nyawa

PUTRAJAYA, 23 Nov – Jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baharu pada 1,884 kes sejak pandemik itu menular ke negara ini. Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi ialah 1,755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka tertinggi pada 1,203 kes dengan sebahagian […]

» Read more

COVID-19 : 1,096 Kes Baharu, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,096 kes baharu COVID-19, dengan Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 603 kes (55.0 peratus) dan diikuti Sabah dengan 311 kes (28.4 peratus). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 54,775 kes. Bagaimanapun, jumlah kes pulih melebihi kes […]

» Read more

Tiga Kluster Baharu Dikenalpasti, Empat Diisytihar Tamat

PUTRAJAYA, 22 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga kluster baharu hari ini, manakala empat kluster diisytihar tamat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tiga kluster baharu berkenaan ialah Kluster Pengkalan Barat, Kluster Bakti dan Kluster Bayam Indah. Dr Noor Hisham berkata empat kluster diisytihar tamat adalah Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari. Memperincikan […]

» Read more

COVID -19: 1,041 Kes Baharu, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,041 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurutnya ia menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,405 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 40,493. Beliau […]

» Read more
1 135 136 137 138 139 160