Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki bersama Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Pasir Puteh mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan bagi mengeratkan ukhuwwah dan persaudaraan. Turut hadir Exco Kerajaan Kelantan YB Ustaz Tuan Saripudin dan bekas wakil Rakyat Pas Cikgu Din.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Mengimamkan Solat Jenazah

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki memenuhi hajat Abe Sin & Hj Husin bagi mengimamkan solat jenazah arwah isterinya di Kampung Cherang Ruku Pasir Puteh. Moga Allah merahmati roh Allahyarhamah dan menempatkannya bersama para Muttaqiin.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Menziarahi Kak Lah 

PASIR PUTEH 26 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki menziarahi Kak Lah bekas Penghulu Wanita JKKP Permatang Sungkai yang jatuh sakit sejak selepas PRU14 kerana terlalu terkejut dan sedih menerima perkhabaran kekalahan saya di Parlimen Pasir Puteh. Moga Allah mengembalikan semangat dan kesihatan beliau. #hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Menziarahi Keluarga Arwah Amran

PASIR PUTEH 26 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki singgah di Kg Jeram Gaal Pasir Puteh menziarahi keluarga Arwah Amran Ketua Pemuda Cawangan yang meninggal dunia akibat barah. Arwah seorang penoreh getah meninggalkan 4 orang anak kecil yang masih bersekolah. Moga Allah mempermudahkan urusan keluarga ini. #hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Tujuh Bulan PH Perintah Negara, Mengapa Hal Berkaitan Islam Dan Melayu Sering Dipertikai

NIBONG TEBAL, 24 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail membidas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan Kurikulum Pendidikan Islam perlu diubah dan dikurangkan kerana gagal mengimbangi keperluan semasa. Jelas beliau, adalah sesuatu yang amat menyedihkan setelah tujuh bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara ini, hal yang berkaitan Islam dan Melayu seringkali diungkit […]

» Read more

Ukhwah Melalui Sukan

KUALA LUMPUR, 24 Disember — Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Damansara dalam Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di Padang Bola Lembaga Getah Malaysia Sungai Buloh petang semalam. Moga program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah Islamiah antara Pemuda UMNO dan Pas di semua peringkat.

» Read more

Pelik, Semua GLC Berkaitan Melayu Dan Islam Rugi… Penyelesaiannya Jual Aset

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditempelak ekoran pelbagai isu termasuklah hasrat mahu menjual aset Tabung Haji (TH) bernilai RM 19.9 bilion kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Lim Guang Eng bagi menampung liabiliti TH. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, tindakan kerajaan ini seakan […]

» Read more

Realisme Ahmad Zahid

Keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas-tugas Presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan, sehingga satu tempoh yang diputuskan kelak merupakan satu kejutan politik kepada rakan dan musuh politiknya. Ia kejutan kerana ia dilakukan sebaik beliau menamatkan satu wawancara bersama UMNO Online yang menjelaskan pelbagai kekeliruan isu membabitkan akar umbi UMNO dan orang Melayu secara keseluruhannya. Rakan […]

» Read more
1 507 508 509 510 511 595