Hubungan Baik Kerajaan Pusat Dan Negeri Beri Manfaat Kepada Rakyat

KLUANG, 27 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hubungan yang baik antara kerajaan pusat dan negeri sangat penting. Ujar Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, hasil kerjasama yang erat itu akan banyak memberi manfaat kepada rakyat. “Kerajaan inilah yang sangat komited membantu rakyat. Apabila hubungan yang baik di antara kerajaan negeri […]

» Read more

Mohamad Alamin Seru Jentera BN Lipat Gandakan Usaha, Ajak Pengundi Tunai Tanggungjawab

KLUANG, 27 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohamad Alamin menyeru anggota jentera Barisan Nasional yang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota agar melipat gandakan usaha bagi meraih sokongan pengundi dengan mereka keluar menunaikan tanggungjawab dan BN mencapai kemenangan. Katanya yang juga Timbalan Menteri Luar, walaupun rata-rata pengundi memberikan reaksi positif terhadap […]

» Read more

PRK: Penting Pilih Wakil Rakyat Boleh Berganding Bawa Pembangunan Kawasan – Azalina

KLUANG, 26 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penting untuk memiliki wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh bergandingan dalam membawa aspirasi rakyat yang diwakili. Bercakap dalam aspek Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, beliau berkata lebih memberi kelebihan apabila wakil rakyat yang dipilih adalah daripada parti kerajaan yang mentadbir. […]

» Read more

Polis Sahkan Syed Hussein Tiada Rekod Sabitan Jenayah

KLUANG, 26 Sept – Polis mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah, tidak mempunyai sebarang rekod sabitan jenayah. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata nama Syed Hussien tidak terdapat dalam rekod sabitan jenayah yang di bawah kesalahan boleh daftar menurut Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Pengundi Yang Tinggal Di Luar DUN Mahkota Pulang Mengundi

KLUANG, 26 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta para pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang tinggal di luar dari kawasan ini untuk balik pada hari pengundian dan menjalankan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat. Katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri, beliau mendapat maklum balas bahawa terdapat di kalangan para pengundi di DUN Mahkota ini yang […]

» Read more

Lonjakan Sokongan Terhadap Syed Hussien Semakin Bertambah, GOTV Cukup Penting

KLUANG, 26 Sept – Ketua UMNO Bahagian Papar Datuk Jamal Nerubi melihat lonjakan sokongan rakyat kepada calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semakin bertambah. Walaupun begitu, pesannya momentum tersebut tidak sepatutnya menimbulkan perasaan selesa kepada jentera dan semua perlu terus berusaha bagi memastikan kemenangan BN terutama mengeluarkan seramai […]

» Read more

PRK: Syed Hussien Punya Sisi Berbeza, Dekati Rakyat Pelbagai Kaum – Azhar

KLUANG, 25 Sept – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menyifatkan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah mempunyai kelebihan tersendiri untuk dipilih rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota. Beliau berkata sebagai pemimpin muda di Kluang, Syed Hussien mempunyai kemahiran dalam bahasa Mandarin sekaligus mempamerkan sisi berbezanya untuk mendekati rakyat yang terdiri daripada kepelbagaian kaum. “Calon […]

» Read more

PRK: Pengundi Luar Bakal Pulang Ke Mahkota Dinasihat Berhati-hati Di Jalan Raya – Noraini

KLUANG, 26 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini berharap pengundi luar yang bakal pulang ke Mahkota sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk berhati-hati di jalan raya terutama bagi mereka yang memandu kenderaan sendiri. Menurut beliau, ini kerana kepulangan mereka pada kali ini memberikan makna tersendiri kepada masa hadapan Mahkota yang lebih baik. “Pengundi luar yang dalam […]

» Read more

PRK DUN Mahkota: Jangan Terperangkap Manipulasi, BN Pilihan Terbaik – Norshida

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Fasa kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang memasuki minggu kedua memperlihatkan suasana yang semakin meriah, kata Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim. Katanya, Barisan Nasional (BN) menerusi jentera pelbagai peringkat khususnya Wanita BN terus melipatgandakan lagi usaha agar pengundi tidak lagi ragu-ragu untuk membuat pilihan yang tepat […]

» Read more

Syed Hussien Bertekad Bantu Dan Bangunkan Satu-satunya Kampung Orang Asli Di Mahkota

KLUANG, 25 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah bertekad untuk menyambung usaha wakil rakyat gabungan politik itu sebelum ini iaitu membantu kaum Orang Asli di Kampung Tanah Runtuh di sini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu berkata usaha wakil rakyat BN telah membolehkan penduduk Orang Asli […]

» Read more
1 288 289 290 291 292 606