Tolak MoU: Sikap Sebenar Pembangkang, Keikhlasan Dipertikai – Hilmi Elias

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias mempertikai sikap pembangkang yang tidak cakna terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) yang diberikan oleh pihak kerajaan. Menurut beliau, tindakan pembangkang yang berdalih menolak MoU yang bersyarat itu mencetuskan tanda tanya mengenai keikhlasan mereka dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan kestabilan politik negara. “Sebelum mendapat peruntukan pembangkang melaungkan […]

» Read more

Tolak MoU: Sikap Sebenar Pembangkang Terbongkar, Tidak Matang Berpolitik – Hasry Sham

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Tindakan pihak pembangkang menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dicadangkan oleh Kerajaan Perpaduan telah menyerlahkan sikap sebenar mereka dalam berpolitik. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasry Sham Chasmen berkata, saban hari mereka (pembangkang) meratib membawa naratif seolah-olah Kerajaan Perpaduan gagal mengotakan janji untuk bersikap adil dalam pengagihan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen. “Hakikatnya pembangkang yang […]

» Read more

Penolakan MoU: Tindakan Pembangkang Yang Menunjukkan Sikap Politik Sempit – Saifullah Ali

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Penolakan pembangkang terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) secara mentah-mentah boleh dilihat sebagai tindakan yang menggambarkan sikap politik yang kurang terbuka dan sempit. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Saifullah Ali berkata peranan MoU yang diadakan oleh Kerajaan Perpaduan berupaya meningkatkan kestabilan politik serta dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat dan ekonomi. “MoU ini jika […]

» Read more

Syed Hussien Berbesar Hati Santuni Warga Mahkota

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah berbesar hati menyantuni nenek berusia 93 tahun, nenek Kamariah yang merupakan penduduk di kawasan berkenaan. Kunjungan itu dilakukan Syed Hussien selepas mendapat maklumat bahawa nenek tersebut meluahkan kesyukuran dengan kemenangannya melalui kaedah tradisional. “Sebelum ini saya ada dapat satu komen daripada Facebook ada seorang mak […]

» Read more

Tolak MoU Kerajaan Perpaduan: Tindakan PN Tidak Cerdik, Belakangkan Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dilihat sebagai tidak cerdik dan membelakangkan kepentingan rakyat. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, isu yang digembar-gemburkan oleh PN sebagai alasan adalah tidak masuk akal sama sekali. “Respon saya berkaitan dengan MoU Kerajaan Perpaduan, jelas ianya tidak seperti digambarkan oleh […]

» Read more

Tolak MoU: Buang Ego… Fahami Keutamaan Rakyat – Zuhir Ghazali

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Keputusan Perikatan Nasional (PN) menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan jelas membuktikan pembangkang masih berpegang kepada pendekatan politik lama yang tidak progresif. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, sekiranya PN benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat mereka sepatutnya menyambut baik usaha Kerajaan Perpaduan serta mewujudkan suasana harmoni. “Buanglah […]

» Read more

Delegasi BN Ke China… Biarlah Tohmahan, Namun Pelbagai Perkara Telah Dipelajari – Freedie Sua

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBRS) Datuk Fredie Sua melihat pelbagai perkara menarik dapat dipelajari sepanjang kunjungannya bersama delegasi Barisan Nasional (BN) ke China baru-baru ini. Bagi beliau sempena 50 tahun hubungan diplmomatik antara kedua-dua buah negara pada tahun ini, program sedemikian amat bermanfaat kepada delegasi sekaligus merapatkan lagi persahabatan antara Malaysia dan China. “Orang […]

» Read more

Pasca-PRK: Pemimpin Utama Main Peranan Penting Kekalkan DUN Mahkota – Zuhir Ghazali

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Zuhir Ghazali memuji kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berusaha demi mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota baru-baru ini. Menurut beliau, kemenangan ini tidak mungkin dicapai tanpa peranan penting pemimpin-pemimpin utama parti, negeri dan juga bahagian-bahagian seluruh negara. “Kita juga tidak boleh nafikan watak-watak penting dalam menampilkan […]

» Read more

Pasca-PRK Mahkota: Visi Pembangunan Tambat Hati, Pengundi Muda Dan Atas Pagar Sokong BN – Saifullah Ali

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Saifullah Ali berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota isyarat jelas bahawa parti itu masih memiliki sokongan yang signifikan, terutama dalam kalangan pengundi Melayu, orang muda, dan pengundi atas pagar. Menurutnya, calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO […]

» Read more

Gerak Kerja Berpasukan… Kejayaan PRK Mahkota Azimat Ampuh Bina Semula Parti – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Gerak kerja berpasukan dan istiqamah berlanjutan adalah azimat yang paling ampuh untuk membina semula UMNO, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok menerusi satu kenyataan memohon agar pergeseran pasca-Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota segera dihentikan dan mengambil kemenangan diperolehi […]

» Read more
1 285 286 287 288 289 606