PRK DUN Ayer Kuning: Mendepani Ujian Di Kubu Kuat BN

SURUHANJAYA Pilihanraya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak, akan diadakan pada 26 April 2025. Penamaan calon ditetapkan pada 12 April, manakala pengundian awal pada 22 April. PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59 tahun, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak […]

» Read more

Program “Moh Dogheh Isi Minyak Motor Percuma” Dapat Sambutan Meriah di DUN Sungai Lui

SUNGAI LUI, 18 Mac – Program “Moh Dogheh Isi Minyak Motor Percuma” yang diadakan di Stesen Minyak Smart FELDA Pasoh 3 semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat, khususnya para penunggang motosikal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui. Program ini merupakan inisiatif Ahli Parlimen Jelebu merangkap Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dengan tujuan […]

» Read more

Ahmad Maslan Berbesar Hati Buka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan meneruskan khidmat bakti bersempena Ramadan apabila berbesar hati turun padang untuk sama-sama berbuka puasa dalam program khas yang diadakan baru-baru ini. Dilaksanakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat DUN Pulai Sebatang ini dilaksanakan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemimpin masyarakat bersempena dengan […]

» Read more

Dah Hina Agama Kami… Hukuman Setimpal Perlu Sebagai Pengajaran – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan permohonan maaf sahaja tidak mencukupi bagi menutup kesalahan yang telah dilakukan pihak yang menghina agama Islam. Menurutnya, hukuman setimpal perlu dikenakan supaya ia menjadi pengajaran kepada pihak yang cuba menyentuh isu agama. “Cukup-cukuplah dengan budaya hina dulu baru minta maaf? Dah hina agama kami, […]

» Read more

Hidangan ‘Jeliro Molek’, Rapatkan Lagi Ukhwah Di Majlis Iftar – Azmawi Fikri

GUA MUSANG, 10 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berpeluang berbuka puasa bersama komuniti di Surau Ar-Raudhah, Taman Kesedar Putra Dua (2) dalam suasana penuh kemesraan dan persaudaraan. Menurutnya, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga medan mengeratkan silaturahim sesama masyarakat. “Hidangan yang disediakan memang ‘jeliro molek’, tetapi yang lebih menyentuh […]

» Read more

Tegas Terhadap Penghinaan Agama, Jangan Ada ‘Double Standard’ – Saiful Fariddil

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Pemuda UMNO Negeri Perlis menegaskan bahawa penghinaan terhadap agama tidak boleh dipandang ringan. Ketuanya, Saiful Fariddil Jasmi berkata tindakan tegas dan adil perlu diambil terhadap mana-mana individu yang menghina agama tanpa mengira latar belakang. Tegasnya, terdapat ketidakseimbangan dalam pelaksanaan hukuman apabila penghinaan terhadap agama Islam diperlakukan. “Sering kali kita lihat apabila ada pihak yang mempersendakan […]

» Read more

Tengku Haphiz Terkilan, Ada Usaha Gagalkan Majlis Berbuka Puasa Dengan TPM

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera melahirkan rasa terkilan ekoran ada pihak yang sedang mengadu domba untuk menggagalkan Majlis Santunan Kasih Ramadan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama warga Kuala Berang petang ini. Terdahulu, petang semalam, beliau mendapat makluman daripada pihak FELCRA selaku penganjur utama majlis […]

» Read more

Dr Akmal Turun Padang Santuni Mangsa Banjir Di Merlimau

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh telah turun padang untuk menyantuni mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di kawasan tersebut. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berhasrat untuk membantu para peniaga terjejas dengan memberikan khemah secara percuma. “Semalam, akibat hujan lebat dan ribut, ramai […]

» Read more

Dr Akmal Santuni Petugas Syif Malam, Edar Juadah Sahur

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meneruskan imarah Ramadan melalui khidmat bakti menziarahi masyarakat tempatan. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada semalam berbesar hati menyantuni petugas barisan hadapan yang bertugas syif malam. Dr Akmal berkunjung ke Balai Bomba Merlimau, Balai Polis Merlimau dan di beberapa sekolah. Ziarah tersebut […]

» Read more
1 274 275 276 277 278 605