Trek Rekod Terbaik UMNO Mampu Tawan Kembali Kepercayaan Orang Melayu – Rizam

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Rizam Ismail meluahkan kepercayaan dengan kebangkitan orang Melayu untuk kembali menyokong UMNO. Katanya, ini kerana UMNO/Barisan Nasional (BN) sebelum ini mempunyai trek rekod terbaik dalam mengemudi kerajaan dan semestinya pengalaman tersebut akan terus dibawa pada pentadbiran kerajaan pada kali ini. “Saya yakin pada akhirnya nanti orang Melayu akan nampak […]

» Read more

UMNO/BN Mampu Pertahan Kerusi DUN Pelangai – Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad berharap UMNO/ Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan serta mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai. Ini kerana katanya, DUN Pelangai merupakan kubu kuat UMNO/ BN di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. “Pelangai sebenarnya adalah kubu […]

» Read more

Prestasi UMNO/BN Terkesan Akibat Sentimen Identiti Keetnikan Pihak Pembangkang – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Prestasi UMNO/Barisan Nasional (BN) terkesan dengan sentimen dari kalangan rakyat yang ditiupkan melalui idea-idea politik identiti keetnikan dari pihak pembangkang bermula sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, berdasarkan PRN lalu, Kerajaan Perpaduan berjaya mengekalkan status quo terhadap penguasaan tiga negeri […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Muhasabah Dan Post-Mortem, Kenal Pasti Punca Penyusutan Undi – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Muhasabah dan ‘post-mortem’ selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilakukan bagi mengenal pasti sebab utama UMNO/Barisan Nasional (BN) mengalami penyusutan sokongan sebelum menentukan sebarang bentuk tindakan. Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, pelbagai usaha perlu dilakukan setiap peringkat, bukan sahaja untuk memperoleh kembali sokongan rakyat bahkan meletakkan semula UMNO/BN sebagai parti […]

» Read more

UMNO Kumpul Dapatan Pascanilai PRN

BANGI, 21 Ogos – UMNO sedang mengumpul kesemua dapatan daripada pascanilai bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan kerusi ditandingi parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos lepas. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa ini, pascanilai sedang dilaksanakan di peringkat negeri dan sayap parti itu. “Saya percaya setiap negeri dan […]

» Read more

Isteri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang Meninggal Dunia

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos – Isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datin Maznah Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Seberang Jaya semalam. Musa berkata isterinya Maznah, 70, meninggal dunia kira-kira pukul 7.40 malam tadi ketika menerima rawatan akibat serangan strok. “Allahyarham memang kena serangan strok sebelum ini dan menjalani pelbagai bentuk […]

» Read more

Pasca-PRN: UMNO/BN Perlu Berubah Ikut Selera Rakyat – Nurhisam

DUNGUN, 17 Ogos – Pendukung dan pejuang parti perlu melakukan perubahan terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN) mengikut selera terkini rakyat untuk menarik semula sokongan mereka yang semakin terhakis pada ketika ini. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Nurhisam Johari berkata, keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu wajar dihormati dan tindakan menuding jari kepada individu tertentu adalah tidak wajar. “Kita wajar […]

» Read more

Reezal Merican Jamin Jadi ‘Backbenchers’ Berkesan Kerajaan Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 17 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan akan memainkan peranan aktif sebagai ahli ‘backbenchers’ (penyokong) kerajaan negeri Pulau Pinang. Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Kepala Batas, katanya, beliau akan memainkan peranan beackbenchers tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). “Sekarang negeri […]

» Read more

Rakyat Akan Kembali Sokong UMNO/BN… Perlukan Langkah Pembuktian Kerajaan Perpaduan – Penganalisis Politik

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Rakyat akan kembali menzahirkan sokongan mereka kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam tempoh jangka masa panjang dan ianya memerlukan Kerajaan Perpaduan membuktikan kecekapan mereka mentadbir negara. Pensyarah Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung baru-baru ini memperlihatkan keutuhan kedudukan Perikatan Nasional (PN) di kawasan luar […]

» Read more

UMNO Buat Post Mortem PRN Nilai Kelemahan

SERDANG, 15 Ogos – UMNO akan mengadakan post mortem bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di kerusi yang ditandingi parti itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lepas, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mengulas desakan agar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur ekoran keputusan PRN yang tidak menyebelahi […]

» Read more
1 7 8 9 10 11 117