Sumbang Idea Bukan Tinggalkan Parti – Azalina

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan perasaan kecewa atas tindakan bekas Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mengisytihar diri keluar dari parti dan menjadi sebagai wakil rakyat bebas. Menurutnya, ahli Parlimen Masjid Tanah itu seharusnya bersama-sama membantu parti menyumbang idea dan pengalaman ke arah menjadikan UMNO yang lebih baik bukannya […]

» Read more

BN Selangor Dijangka Namakan Ketua Pembangkang Untuk DUN

SHAH ALAM, 26 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka  mempunyai  Ketua Pembangkang pada penggal ini selepas Barisan Nasional (BN) negeri dipercayai akan melantik seorang wakil rakyatnya ke jawatan itu yang kosong sejak Disember 2014. Menurut Anggota Dewan Undangan (ADUN) Sungai Tawar  Rizam Ismail, beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh pucuk pimpinan BN Selangor yang menamakan beliau sebagai antara calon yang akan dilantik  ke jawatan berkenaan. “Setakat ini belum ada keputusan rasmi,” katanya selepas majlis  Mengangkat  Sumpah Jawatan ADUN pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN ke-14 di sini, hari ini. […]

» Read more

Di Depannya Duri, Di Belakangnya Api

Bertanding pada jawatan nombor dua tidak pernah ada dalam pemikiran saya selama ini. Namun dalam tempoh 24 bulan, parti keramat ini kehilangan naib presiden, timbalan presiden dan terbaru Presiden UMNO Dan dalam tempoh yang sama, UMNO kehilangan kuasa pemerintahan setelah tujuh dekad di tampuk kuasa. Tiada ujian yang lebih besar dari apa yg sedang UMNO lalui pada masa ini Apabila […]

» Read more

PH Perlu Beri Penjelasan, Salah Guna Kuasa Dan Pelantikan Penasihat Kerajaan Bercanggah Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Presiden Penaja Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam dengan tegas meminta pencerahan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang nyata telah bertindak di luar skop Perlembagaan Malaysia dan ‘rule of law’ yang kerap dilaungkan. Katanya, dalam isu perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan, Kerajaan PH tidak mengikut prosedur serta mencabar keutuhan Perlembagaan Persekutuan. Berhubung perkara tersebut beliau […]

» Read more

Kerajaan PH Jadikan Malaysia Negara ‘Koboi’, Putar Belit Fakta Untuk Kepentingan Sendiri

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Selepas sebulan memerintah, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang dilihat dianggotai ahli hipokrit dan pemutar belit fakta yang mempunyai ‘rating agency’ sendiri dan bersikap ‘bodoh sombong’ dengan keengganan mengiktiraf angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan sebagainya. Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO menganggap inilah negara ‘free for all’ atau negara ‘koboi’ […]

» Read more

Antara Janji 100 Hari, Hutang Negara, Tabung Harapan… Mana Satu Mangsa Manipulasi PH?

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam akhirnya mengakui kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu memenuhi kesemua janji-janji 100 hari mereka dengan alasan kekangan kewangan. Mengulas mengenai janji-janji PH ketika musim pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat PH hanya tahu menabur janji manis tetapi mereka gagal […]

» Read more

Kenapa Rakyat Perlu Bimbang Kenyataan-kenyataan Manipulasi Kerajaan PH?

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara kira-kira tiga minggu yang lalu tetapi pemimpin-pemimpin mereka telah tampil dengan pelbagai kenyataan yang mampu memberi kebimbangan kepada rakyat mengenai pembangunan dan pertumbuhan negara. Menurut Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO, jika diperhalusi dan dirumuskan bagi minggu lalu sahaja terdapat empat kenyataan yang dikeluarkan oleh […]

» Read more

Najib – Jangan Buat Keputusan Semata-mata Kerana Dendam

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) jangan membuat keputusan semata-mata kerana dendam kesumat terhadap individu ataupun Kerajaan Barisan Nasional. Ini termasuk cadangan untuk membatalkan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. “ Keputusan yang dikaburi emosi hanya akan merugikan rakyat,” tulis Najib di Facebook beliau sebentar tadi . Beliau […]

» Read more

Tun Abdullah

Tun Abdullah Ahmad Badawi (31 Okt 2003 – 3 April 2009) Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik ini adalah anak kepada pasangan Haji Ahmad Haji Abdullah Fahim (lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi) dan Datuk Khailan Hassan. Adik-beradik beliau ialah Ambrahim dan Mohamad. […]

» Read more

Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad (28 Jun 1981 – 31 Okt 2003) Tun Dr. Mahathir bin Haji Mohamad telah dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar dan Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Tun Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik terdiri daripada empat orang perempuan dan lima […]

» Read more
1 549 550 551 552 553