BN, Pas Sekali Lagi Sepentas Dalam Pentas Perdana PRK Cameron Highlands

JELAI, 20 Jan – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands memperlihatkan kerjasama, kesepakatan dan permuafakatan antara Barisan Nasional (BN)/UMNO dan Pas semakin kukuh dalam blok pembangkang. Ini dapat dilihat di dalam beberapa siri kempen untuk memenangkan calon BN, Ramli Mohd Nor bagi mempertahankan kerusi kawasan Parlimen tersebut, baik ketika kempen rumah ke rumah, penganjuran program hinggalah kepada ceramah perdana […]

» Read more

Sokongan Kepada Calon BN

JELAI 18 JAN — Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berucap di Ceramah Perdana bersama kepimpinan tertinggi UMNO yang diwakili oleh  Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman serta Ketua Pemuda UMNO , Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Simpang 3 Kg. Keledek sempena  Pilihanraya Kecil P.078 Cameron Highlands malam ini.- Foto : MediaUMNO

» Read more

Ceramah Perdana

JELAI 18 JAN — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Rahman turut berucap di Ceramah Perdana bersama kepimpinan Pas Pusat di Simpang 3 Kg. Keledek sempena  Pilihanraya Kecil P.078 Cameron Highlands hari ini.- Foto : MediaUMNO

» Read more

Mendengar Permasalahan Penduduk

Tanah Rata, 18 Januari — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bertemu mata mendengar permasalahan penduduk ketika mengadakan tinjauan mesra rumah ke rumah dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) P 078 Cameron Highland di Pekan Ringlet pagi ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Warga Felda Di Parlimen Cameron Highlands Dinasihat Jangan Terkena Lagi

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Presiden Alumni Majlis Belia Felda, Datuk Abdullah Abu Bakar menyeru kepada warga Felda dalam Parlimen Cameron Highlands supaya membuat keputusan yang terbaik dan tepat untuk melihat parti manakah yang boleh memajukan Felda. Nasihatnya, jika boleh masyarakat Felda jangan lagi menerima kempen-kempen yang berbentuk janji kerana mereka pernah terkena dengan janji-janji manis yang sehingga sekarang masih […]

» Read more

BN Dan Pas Kempen Bersama, Sepakat Gesa PH Laksanakan Dahulu Janji PRU-14

JELAI, 16 Jan – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menampakkan sedikit kelainan apabila UMNO dan Pas berganding bahu dalam satu program santai bersama jentera dan pengundi di Koyan Satu malam tadi. Bertempat di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Koyan 1, walaupun majlis yang ringkas, namun ianya membawa seribu makna dan satu pengertian yang besar di […]

» Read more

Hari Ketiga Berkempen Beri Isyarat Positif – Ramli

JELAI, 14 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor percaya sambutan yang baik daripada penduduk setempat pada kempen PRK kawasan berkenaan yang masuk hari ketiga tempoh berkempen hari ini melonjakkan semangatnya untuk sama-sama dengan jentera parti lain dalam meneruskan siri kempen sehingga ke hari mengundi 26 Jan depan. Menurut beliau rata-rata kawasan […]

» Read more

Undi BN, Beri Signal Kepada PH Jangan Suka Hati Pergunakan Rakyat

JELAI, 14 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat memberi signal kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini dengan memilih calon BN, Ramli Mohd Nor. Menurut Menteri Besar Pahang itu, ia sebagai mesej kepada kerajaan PH agar jangan sesuka hati membuat dasar yang tidak mendatangkan manfaat […]

» Read more

Setiausaha BN Turun Padang

Tanah Rata, 12 Januari — Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan di hadapan penduduk orang asal sempena Pilihanraya Kecil (PRK) P 078 Cameron Highland di Pos Mesom di sini petang ini. Turut bersama ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar dan calon BN, Ramli Mohd Nor. – Foto : MediaUMNO

» Read more
1 517 518 519 520 521 530