Pemilihan UMNO: Najib Ucap Tahniah Kepada Ahmad Zahid, Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu bagi penggal 2018-2021. Najib turut mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas dipilih […]

» Read more

Tidak Ada Yang Kalah Dalam Pemilihan Ini – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan kerana telah menunaikan tanggungjawab dengan tertib dan teratur dalam pemilihan UMNO di seluruh negara pada hari ini. Menurut beliau, tidak ada yang kalah dalam proses pemilihan UMNO pada kali ini. “YB Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin adalah […]

» Read more

Zahid Sah Terpilih Sebagai Presiden UMNO Yang Baru

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi terpilih sebagai Presiden UMNO yang baru sesi 2018-2021 setelah melepasi majoriti mudah apabils mendapat undi daripada 78 bahagian dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO hari ini. Manakala, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO Malaysia apabila mendapat undi daripada 110 […]

» Read more

Hishammuddin Sedia Bantu Kepimpinan UMNO Pusat Baharu

KLUANG, 30 Jun – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia membantu Majlis Tertinggi baharu parti itu sekiranya diminta berbuat demikian. Hishammuddin yang tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini berkata beliau bersedia membantu usaha memulihkan UMNO khususnya di peringkat bahagian dan Johor. “Jika kepimpinan baharu pusat perlukan bantuan saya, saya tidak teragak-agak dan bersedia…saya tidak […]

» Read more

Kepimpinan UMNO Kuala Nerus

KUALA NERUS, 30 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff (depan, tengah) bersama kepimpinan baharu meraikan kejayaan selepas memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus menewaskan penyandang jawatan itu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada pemilihan jawatan tertinggi UMNO bahagian itu pada Mesyuarat Perwakilan UMNO yang bermula pagi tadi. -fotoBERNAMA

» Read more

Proses Pengundian

KUALA NERUS, 30 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (dua, kanan) yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus memperkatakan sesuatu dengan pencabarnya Apli Yusof (kanan) bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus ketika melakukan proses pengundian pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sebuah hotel hari ini. Razif bertanding bagi mempertahankan jawatannya […]

» Read more

Anggota UMNO Perlu Kembali Kepada Semangat Perjuangan Lama

MARAN, 30 Jun – UMNO sukar untuk ditewaskan jika setiap anggotanya mengamalkan prinsip persaudaraan dan kesetiaan seperti semangat perjuangan menentang Malayan Union dahulu. Ketua Bahagian UMNO Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib mendakwa namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya menyebabkan UMNO tewas kerana sikap anggoya parti itu sendiri yang ‘membuka empang’ kepada lawan. “Kembalilah bersatu dalam wadah UMNO […]

» Read more

Noh Omar Lepas Jawatan Pengerusi UMNO Selangor

TANJONG KARANG, 30 Jun – Tan Sri Noh Omar akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor susulan gagal menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas. Beliau yang menerajui UMNO Selangor sejak 2013 berkata keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan di negeri terbabit. Noh berkata beliau akan melepaskan jawatannya selepas […]

» Read more

UMNO Kemuka Rayuan Kepada SPRM Untuk Guna Wang Akaun Dibekukan – Zahid

BAGAN DATUK, 30 Jun – UMNO telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebahagian daripada akaun parti yang dibekukan dapat diguna untuk tujuan pentadbiran dan pembayaran gaji. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata permohonan itu telah dikemukakan kepada SPRM semalam oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan […]

» Read more

Pemuda UMNO Perlu Miliki Semangat Jati Diri – Asyraf Wajdi

PASIR PUTEH, 30 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan setiap anggotanya mempunyai semangat jati diri dan memiliki bakat baharu untuk bangkit semula memperjuangkan nasib bangsa dan agama. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka akan diterapkan dengan nilai-nilai berkerja untuk kepentingan parti tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit. “Saya akan mendekati mereka dengan bergerak ke seluruh negara dalam tempoh […]

» Read more
1 4,529 4,530 4,531 4,532 4,533 4,584