Kerajaan Perlu Kaji Projek HSR Dengan Teliti – Najib

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerajaan Pakatan Harapan menjalankan kajian dan memberi penerangan komprehensif kepada rakyat berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Beliau berkata Barisan Nasional telah membuat kajian bertahun-tahun dan mendapati kadar Keluaran Dalam Negara Kasar projek HSR adalah RM209 bilion berbanding kosnya RM70 bilion. Katanya sumber […]

» Baca lanjut

Perang Mulut Harus Dihentikan, Tak Perlu Tuding Jari Dalam BN – Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Jun – ‘Perang mulut’ antara Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong harus dihentikan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, kedua-duanya melontarkan pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi UMNO atau MCA. “Kedua-dua parti dalam komponen BN masih memerlukan jalinan dalam wadah yang […]

» Baca lanjut

Khidmat Bakti Tidak Akan Terhenti

PASIR GUDANG 2 Jun — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Khaled Nordin berucap pada penyerahan bantuan kepada 2000 asnaf di Pasir Gudang dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Khidmat bakti untuk untuk golongan dhuafa tidak akan pernah terhenti.InsyaAllah doa mereka akan mengiringi perjuangan kita. FB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

» Baca lanjut

Seri Paduka Baginda Dimohon Agar Tolak Cadangan Lantik Peguam Negara Bukan Beragama Islam

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam memohon agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk bangkit menentang sebarang usaha untuk meletak Peguam bukan beragama Islam sebagai Peguam Negara. Jelas beliau, peguam Negara sewajarnya dipilih dikalangan pengamal perundangan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan sekaligus merupakan seorang yang […]

» Baca lanjut

Liabiliti Luar Jangka Tidak Termasuk Dalam Hutang Negara

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan hutang negara mencecah 1 trillion baru-baru ini adalah disebabkan kerajaan mencampurkan hutang kerajaan Malaysia sebanyak RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka sebanyak RM238 bilion. Menurutnya, tiada kerajaan di dunia memasukkan komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka. “Kerajaan-kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS […]

» Baca lanjut
1 4,466 4,467 4,468 4,469 4,470 4,488