Seri Paduka Baginda Dimohon Agar Tolak Cadangan Lantik Peguam Negara Bukan Beragama Islam

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam memohon agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk bangkit menentang sebarang usaha untuk meletak Peguam bukan beragama Islam sebagai Peguam Negara.

Jelas beliau, peguam Negara sewajarnya dipilih dikalangan pengamal perundangan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan sekaligus merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam memandangkan agama Islam merupakan agama Persekutuan.

“Walaupun baru hampir 22 hari Pakatan Harapan memerintah, pelbagai perkara yang telah dibangkitkan cukup menguris hati orang Melayu dan penganut agama Islam.

“Adakah tidak cukup dengan cadangan menutup JAKIM, membuka UITM kepada Bukan Bumiputera dan membuka Felda kepada bukan Bumiputera? Apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang majoritinya bukan Islam ini?

“Adakah mereka tidak sedar bahawa satu demi satu provokasi yang dilakukan oleh mereka boleh mengundang kemarahan pribumi yang merupakan majoriti rakyat negara ini?”, katanya dalam satu kenyataan di sini, hati ini.

Tegasnya lagi satu demi satu tindakan Perdana Menteri, Tun Mahathir kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun sudah tidak lagi dapat menolak permintaan Dap yang semakin melampau.

“Apa boleh buat, bila hanya ada 12 kerusi, pasti terpaksa tunduk dengan permintaan Dap yang mempunyai 42 kerusi.

“Justeru saya mendesak agar Yang Di Pertuan Agong Raja-Raja Melayu menolak permintaan Kerajaan Baru ini untuk melantik Tommy Thomas, Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng, sebagai Peguam Negara,” ujarnya.

Tambah Lokman, sudahlah sebelum ini rakyat dikejutkan dengan perlantikan Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan, iaitu insan yang mengiktiraf perjuangan Komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan, kini belum pun pulih kekecewaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis, sekali lagi mereka dikecewakan dengan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk melantik Thomas pula sebagai peguam Negara.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, ayuh kita bangkit untuk menegur Regim Mahathir Dap ini supaya mereka sedar bahawa mereka tidak boleh memerintah negara ini sesuka hati mereka.

“Ayuh, mainkan peranan anda dengan sekurang-kurangnya bantu kami menyebarkan mesej kebenaran,” tegas beliau. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.