UMNO Parti Politik Pertama Buka Ruang Kaum Wanita Terlibat Dalam Pembangunan Negara

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO merupakan parti politik Melayu yang pertama memberikan ruang dan peluang kepada suara kaum wanita untuk memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam konteks politik dan pembangunan di negara ini, demikian menurut pakar sejarah negara, Datuk Dr. Ramlah Adam. Menurut beliau, bagi memberikan ruang dan peluang kepada kaum wanita untuk […]

» Read more

2,801 Pengundi Awal PRK Balakong, Seri Setia Mula Mengundi Pada 8 Pagi

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Seramai 2,801 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia mula mengundi mulai 8 pagi ini. Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 31 daripadanya adalah pengundi awal bagi DUN Balakong manakala 2,770 lagi adalah bagi kawasan DUN Seri Setia. Kesemua pengundi awal di DUN Balakong adalah anggota polis […]

» Read more

Peguam Negara Perlu Jelaskan Bagaimana Kes Rasuah Guan Eng Boleh Digugurkan?

PENGERANG, 3 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Peguam Negara Tommy Thomas perlu menjelaskan bagaimana kes rasuah membabitkan Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh digugurkan kerana rakyat memerlukan penjelasan apatah lagi SPRM sendiri terkejut dengan keputusan tersebut. Jelas beliau yang juga merupakan Ketua Unit Undang-Undang UMNO, Peguam Negara tidak seharusnya bersembunyi […]

» Read more

Diskusi U3.0: Ikuti Kupasan Prof Dr Ramlah Adam, ‘Wanita Dan Kemerdekaan’ Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Jom ikuti diskusi U3.0 bersama Penganalisa Politik Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam dengan topik ‘Wanita dan Kemerdekaan’ pada jam 9 malam ini. Program bual bicara ini akan dihoskan oleh Adnan Seman bakal disiarkan secara live menerusi medium facebook rasmi UMNO Online di pautan https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia. Netizen dijemput untuk bersama-sama mengikuti kupasan panel di samping […]

» Read more

Gugur Kes Guan Eng Tanpa Justifikasi : Rakyat Lihat ‘Rule of Jungle’ Bukan ‘Rule of Law’

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mendesak Peguam Negara supaya menjelaskan kenapa pendakwaan ke atas Lim Guan Eng ditarik balik dan kenapa kes ini bukan satu bentuk gratifikasi atau rasuah sedangkan beliau merupakan penjawat awam yang menerima harta yang jelas rendah nilainya. Menurut ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mahkamahlah yang sepatutnya menentukan sama ada […]

» Read more

Kes Rasuah Guan Eng Gugur Secara Veto : Perundangan Negara Catat Sejarah Hitam

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Aktivis Rakyat, Datuk Razlan Rafii berkata rakyat hari ini melalui satu lagi fasa peristiwa hitam di dalam perundangan negara apabila Peguam Negara menggunakan kuasa ‘veto’ mereka terhadap sistem keadilan Negara. Berikutan daripada itu, beliau memohon agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera Peguam Negara, Tommy Thomas di atas tindakannya yang menggugurkan kes rasuah […]

» Read more

Kerajaan Johor, Mana Hilangnya 10 Ribu Unit RMMJ?

JOHOR BAHRU, 3 Sept – Pemuda UMNO Negeri Johor mendesak kerajaan negeri agar menyatakan angka sebenar pembinaan baharu unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang telah mereka luluskan mulai Jun 2018. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berharap kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri selepas ini tidak bercanggah kerana data dan angka jelas membuktikan, sekali gus tidak mengelirukan rakyat yang sememangnya […]

» Read more

Tindakan Kerajaan Mahu Berkonfrontasi Dengan China Tidak Bijak

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pemerhati Politik, Kapten (B) Rahmat Omar menyifatkan tindakan kerajaan yang seolah-olah mahu berkonfrontasi dengan negara China merupakan satu tindakan yang tidak bijak untuk pembangunan ekonomi Malaysia memandangkan negara tersebut diramalkan bakal menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia tidak lama lagi. Katanya, Malaysia tidak boleh kembali bersikap sepertimana pada tahun 80-an dahulu di mana Malaysia secara langsung […]

» Read more
1 4,453 4,454 4,455 4,456 4,457 4,602