UMNO Sabah Sokong Penubuhan GBS

KOTA KINABALU, 13 Sept – Badan Perhubungan UMNO Sabah (BPUN) bersetuju dan menyokong penubuhan blok pembangkang, Gabungan Bersatu Sabah (GBS) di negeri ini. Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GBS merupakan pakatan pembangkang yang menyatukan parti-parti pembangkang sedia ada di negeri ini. Katanya, GBS yang kini dalam proses didaftarkan, setakat ini akan dianggotai oleh UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan STAR. […]

» Read more

Tak Masuk Akal Peguam Didakwa Kerana Terima Bayaran Guaman

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Adalah tidak masuk akal selepas 61 tahun merdeka, tiba-tiba seorang peguam ditangkap dan didakwa kerana menerima yuran guaman, kata Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam. Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menerima bayaran hasil daripada aktiviti haram. “Tan Sri Shafee adalah peguam yang mengendalikan […]

» Read more

‘Pendidikan di Malaysia & Kasut Hitam’ Jadi Topik Diskusi U3.0 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Naib Presiden yang juga UMNO bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr Mahdzir Khalid akan tampil dalam Diskusi U3.0 malam ini bagi mengupas topik ‘Pendidikan di Malaysia dan Kasut Hitam’. Topik tersebut adalah antara isu hangat yang timbul dalam masyarakat selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Diskusi […]

» Read more

Tuduh BN Banyak Hutang Tapi PH Bazir Duit Rakyat Demi Nafsu Politik Jadi PM

KUALA LUMPUR, 13 Sep – Ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendakwa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini banyak berhutang, namun kini mereka pula bertindak membuang masa dan membazirkan wang rakyat untuk seorang individu memenuhi nafsu politik menjadi seorang perdana menteri, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Hussin. Semalam, anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan […]

» Read more

MB Pahang Mahu Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Perjudian Dipertingkat

KUANTAN, 13 Sept – Menteri Besar mengingatkan penguatkuasa supaya tidak mudah berpuas hati dengan tindakan yang diambil dalam membanteras kegiatan yang tidak bermoral di negeri ini, sebaliknya ia perlu dipertingkat dari semasa ke semasa. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan itu perlu dipertingkatkan dengan kerjasama masyarakat yang bertindak sebagai pelapor sebarang aktiviti yang tidak bermoral. “Aktiviti jenayah terutama […]

» Read more

Wah… !! Semua Orang Disapu Bersih… Guan Eng Lepas Tapi Shafee Pula Didakwa

BATU PAHAT, 13 Sept – “Wah, hebat kerajaan Pakatan Harapan (PH),” kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai maklum balas berikutan Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak […]

» Read more

Muhammad Shafee Mengaku Tidak Bersalah Empat Pertuduhan Pengubahan Wang Haram RM9.5 Juta

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Peguam utama yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima bayaran sebanyak RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri itu kira-kira lima tahun lalu. Menurut kertas pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Shafee didakwa menerima bayaran hasil daripada aktiviti […]

» Read more

Sebatan Sebagai ‘Free Marketing’ Untuk Rakyat Seluruh Negara Kenali Islam

KUALA TERENGGANU, 13 Sept – Kes sebatan syariah ke atas pasangan lesbian di negeri ini baru-baru ini telah membuka mata orang ramai untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata ada pihak yang memuji dan mengambil pengajaran daripada keindahan perundangan Islam namun ada pihak yang menentang dan mempertikaikan hukuman berkenaan. “Bukan semua […]

» Read more
1 4,431 4,432 4,433 4,434 4,435 4,595