Kenyataan Tegas Hishammuddin Seharusnya “Matikan” Certot PPBM

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan tegas Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seharusnya mematikan sama sekali certot Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin yang mendakwa 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan keluar parti. Katanya, ahli parlimen BN boleh berbangga kerana mereka masih merupakan “faktor” yang […]

» Read more

Kerajaan PH Tak Perlu Terburu-buru Untuk Meratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR, 1 Nov – UMNO menggesa Kerajaan Malaysia untuk tidak bertindak terburu-buru untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kebimbangan serta suara yang menentang pelan Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi ICERD adalah tindakan yang berasas dan mesti diberikan perhatian serius. “UMNO secara jelas dan tegas menzahirkan rasa tidak […]

» Read more

Apa Kerajaan Hari Ini Buat Untuk Rakyat, Negara? – Najib

KUALA LUMPUR 1 Nov. – “Baru semalam dalam FB Live saya cakap mengenai perlunya Kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan,” komen Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran Facebook peribadinya. Semalam, katanya, keluar kenyataan bahawa kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk […]

» Read more

Kecelaruan Pemimpin PH Terhadap Ketuanan Melayu Dibidas

Johor Bahru, 31 Okt – Pemimpin Pakatan Harapan khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibidas lantaran Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat bercelaru dalam asas konsep Ketuanan Melayu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Md Shah, berkata jika perkara asas ini pun mereka sudah celaru, janganlah diangkat perkataan ‘Pribumi’ sebaliknya bukalah sahaja keahlian PPBM itu kepada bukan […]

» Read more

Kes Pertuduhan Najib Pindah Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan untuk memindahkan 21 kes pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri […]

» Read more

Puteri UMNO Bantah, ICERD Akan Undang Ketegangan

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Pergerakan Puteri UMNO membantah keras ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ini kerana ia bertentangan dengan semangat perlembagaan. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata jika ratifikasi ini diteruskan dan diiktiraf oleh kerajaan, maka ia akan mengundang keburukan. “Jika ratifikasi ini diteruskan dan diiktiraf oleh kerajaan, ia akan mengundang keburukan saya bimbang […]

» Read more

Keranda Diusung, ICERD Terus Dibantah

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) terus dibantah dengan satu perhimpunan yang diadakan hari ini. Hampir 500 peserta yang melibatkan pelbagai usia dan latar belakang hadir di hadapan bangunan Parlimen dengan pelbagai sepanduk yang menolak ratifikasi konvensyen itu diangkat dan dilaungkan dalam himpunan terbabit. Bukan […]

» Read more

Adakah Peranan Menteri Pendidikan Untuk Mendidik Rakyat Menipu Dan Menfitnah?

Selepas menipu rakyat mengenai PTPTN dan janji pendidikan percuma, pagi tadi Menteri PH ini pula mahu menipu mengenai isu RM2.6b. Untuk makluman Menteri ini, saya sudah dituduh di Mahkamah kerana menerima wang ini dan saya juga dituduh secara rasmi dengan 5 dakwaan (pemulangan dipecahkah kepada 5 kali atas kehendak bank untuk mengurangkan kesan kepada pasaran FOREX) kerana memulangkan wang ini […]

» Read more

Status Twitter Tolak Spekulasi Kononnya Zahid Dan Hishamuddin Tidak Sebulu

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Sejak Barisan Nasional (BN) gagal mengekalkan tampuk pentadbiran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, ada sahaja pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO terutama selepas pemilihan parti. Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak ketinggalan menjadi mangsa adu domba kononnya tidak sehaluan. Namun status […]

» Read more

Kerajaan PH Digesa Tangani Krisis Sosio Ekonomi Yang Lebih Mega

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari melontarkan kekhuatiran terhadap ekonomi semasa negara dan berharap masalah tersebut tidak akan menjadi punca kepada krisis sosio-ekonomi yang lebih mega. Serentak itu beliau menggesa agar kerajaan mengusahakan sesuatu yang lebih berkesan agar ekonomi negara kembali ke landasan sebenar kerana ianya adalah perkara yang lebih besar dan penting saat […]

» Read more
1 4,397 4,398 4,399 4,400 4,401 4,635