Semangat UMNO Terus Mara

  Johor Bahru, 10 hb November—Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi ceria ketika keluar dari bilik mesyuarat sebaik selesai  mengadakan pertemuan tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di Bangunan UMNO Johor hari ini.- Foto: MediaUMNO

» Read more

Ahli UMNO Akan Terus Pertahankan Parti – Zahid

JOHOR BAHRU, 10 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parti akan bermatian mempertahankan parti jika ada usaha yang mahu membubarkan UMNO. Menurut beliau jika ada pihak yang mahu UMNO dibubarkan, membujur lalu melintang patah mereka tidak akan membubarkan parti yang merupakan institusi orang-orang Melayu di negara ini. “Jika perdana menteri mahu kita membubarkan UMNO, […]

» Read more

Bajet 2019 Bajet “Syok Sendiri”

JOHOR BAHRU, 10 Nov – Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng tidak menyeluruh dan beberapa golongan masyarakat tidak mendapat manfaat dari kerajaaan sebaliknya ia hanyalah ‘bajet syok sendiri’, kata Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Farid Firuz. Ujarnya, Bajet 2019 tidak mengambil pendekatan menyeluruh dan percaya bahawa ia sukar untuk proses perlaksanaan kelak […]

» Read more

Majlis Silaturrahim Bukti Kerjasama UMNO Dan Pas Bukan Bermusim

IPOH, 10 Nov – Kerjasama antara Pas dan UMNO bukan bermusim atau apabila tiba pilihan raya kecil (PRK) sebagaimana dakwaan sesetengah pihak sebaliknya ia adalah ikatan berterusan dengan direalitikan oleh Pergerakan Wanita UMNO dan Muslimat Pas di Perak. Jalinan akrab tersebut telah diterjemahkan dalam Majlis Silaturrahim Ketua Wanita UMNO dan Ketua Muslimat Pas peringkat Negeri Perak iaitu Datuk Dr Wan […]

» Read more

UMNO Dan Pas Sepentas Tolak Ratifikasi ICERD, Bermula Di Pasir Salak

  KUALA LUMPUR, 9 Nov – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini mengambil ketetapan menolak sepenuhnya ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Oleh itu, menurut Ahmad Zahid, UMNO meminta kerajaan menghentikan langkah-langkah yang akan menjejaskan pembinaan masyarakat yang diwujudkan selama ini melalui persefahaman bersama kerana […]

» Read more

UMNO Harus Bergerak Ke Hadapan, Perkukuh Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Nov – UMNO harus bergerak ke hadapan dengan memperkukuhkan perjalanan parti, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, perbezaan-perbezaan pendapat yang diraikan diletakkan titik noktah dan ahli-ahli UMNO harus bersama-sama untuk menterjemahkan kepemimpinan parti di semua peringkat. “Kita harus bersama-sama untuk menterjemahkan kepemimpinan UMNO di semua peringkat dan menolak sebarang usaha-usaha untuk memecahkan parti dari […]

» Read more
1 4,386 4,387 4,388 4,389 4,390 4,637