Perjumpaan Khas Kepimpinan UMNO

Melaka 11hb November .–  Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya Datuk Seri Mohammad Hasan bersama sebahagian kepimpinan UMNO Pusat serta kepimpinanan negeri  menyanyikan ‘Lagu UMNO ‘ ketika hadir di perjumpaan khas bersama di Kg Bertam Ulu Paya Rumput hari ini.- Foto : MediaUMNO

» Read more

PTPTN : PH Mengaku Gagal, Minta Maaf Namun Rakyat Tetap Kena Tipu

KUALA LUMPUR, 11 Nov – “Berjanji. Gagal laksana. Kemudian minta maaf. Senang sangat memerintah kalau macam ni. Kemudian menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kegagalan itu. Sedangkan mereka sendiri yang lemah.” Demikian kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai maklum balas kepada kenyataan Wan Saiful Wan Jan […]

» Read more

ICERD : UMNO Tidak Akan Berkompromi – Zahid

JOHOR BAHRU, 10 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tidak akan berkompromi berhubung soal meratifikasikan  ICERD yang dilihat seolah-olah Malayan Union 2.0. Menurut beliau penentangan berkenaan bukan soal Ketuanan Melayu tetapi ia lebih berdasarkan kepada prinsip Jus Soli yang telah dipersetujui oleh pemimpin pelbagai kaum dahulu semasa negara berjuang untuk kemerdekaan. “Banyak perkara di […]

» Read more

UMNO Johor Beri Jaminan Terus Bersama Zahid Pikul Tanggungjawab Berdepan Cabaran

JOHOR BAHRU, 10 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata UMNO negeri mengharapkan agar Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meneruskan tugas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju parti. “Teruskanlah memimpin UMNO ini dan bawalah parti ini untuk berhadapan dengan sesiapa juga. “Membujur lalu melintang pun berlalu. Kita teruskan perjuangan ini”, katanya. Beliau berkata demikian […]

» Read more

UMNO Persoal Kenapa Isu ICERD Timbul Sekarang?

KUALA LUMPUR, 10 Nov – UMNO bertegas meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) walaupun Dap dan beberapa pimpinan Melayu dalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR menyokongnya. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam yang dengan tegasnya menolak ICERD seperti disebut […]

» Read more

Kerajaan Dicadang Kongsi Maklumat Kepada Anggota Parlimen Pembangkang

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Kerajaan dicadang berkongsi maklumat sewajarnya seperti perbelanjaan dan perolehan kerajaan khususnya kepada anggota Parlimen pembangkang dalam usaha memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Khairy berkata usaha itu adalah selaras dengan usaha kerajaan mereformasi Parlimen sebagai sebuah institusi demokrasi yang terpenting dalam negara dan tidak lagi dianggap cap getah sahaja. “Mungkin […]

» Read more

Bersama UMNO Johor

Johor Bahru, 10 hb November—Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama sebahagian Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merakamkan kenangan ketika selesai mengadakan pertemuan khas dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di Bangunan UMNO Johor hari ini.- Foto: MediaUMNO

» Read more
1 4,385 4,386 4,387 4,388 4,389 4,637