Kongres Maruah Melayu: Wayang Politik Tun Mahathir, Gagal Dapat Perhatian

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kongres Maruah Melayu adalah wayang politik terhebat Tun Mahathir setakat ini apabila beliau telah berjaya memainkan sentimen seakan umat Melayu seantero dunia perlu mendengar ‘wasiat terakhir’ tokoh Melayu neo-liberal ini, kata Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin. Ujarnya, dengan mengumpulkan semua pemimpin dari segenap institusi politik negara, maka beliau telah memberi anggapan bahawa semua orang […]

» Read more

PRK Tanjung Piai: Siapapun Calon, Muafakat BN Tetap Utuh

JOHOR BAHRU, 5 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa semangat Barisan Nasional (BN) akan dikekalkan dalam menentukan siapa calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Jelas beliau, sama ada calon tersebut dari UMNO ataupun MCA ia tidak akan merosakkan kemuafakatan yang ada dalam BN. “Sudah tentunya mesyuarat Barisan Tertinggi BN adalah tempat […]

» Read more

PRK Tanjung Piai: 16 Nov Hari Pengundian, 2 Nov Penamaan Calon – SPR

PUTRAJAYA, 1 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.165 Tanjung Piai pada 16 November, Sabtu. Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun juga berkata penamaan calon akan diadakan pada 2 November, Sabtu manakala undi awal ditetapkan pada 12 November, Selasa. “Tempoh berkempen adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga pukul 11.59 malam […]

» Read more

IPTA Diperalat Anjur Kongres Maruah Melayu: Khaled Timbulkan Tiga Persoalan

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Timbul persoalan mengapa Institut Pengajian Tinggi Awam diperalatkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya menganjurkan Kongres Maruah Melayu. Perkara demikian dilontarkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang merujuk pada 6 Oktober ini, Universiti Malaya (UM) dan beberapa universiti awam akan menganjurkan kongres tersebut tetapi sehingga kini tiada pihak boleh menjelaskan […]

» Read more

Penangguhan Projek RTS, PH Memalukan Seperti Diberi Betis Minta Peha… Tak Serius

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Satu demi satu penangguhan dan alasan diberikan dalam projek pembinaan sistem pengangkutan RTS antara Johor dan Singapura dan kali ini, Malaysia sekali lagi memohon penangguhan kepada projek tersebut, bidas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Jelasnya, sebelum ini Pakatan Harapan (PH) telah memohon penangguhan selama enam bulan bermula Mac tahun ini dan selepas […]

» Read more

Tarikh PRK Tanjung Piai Ditentukan Esok

PUTRAJAYA 23 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor. Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berhubung kekosongan luar jangka kerusi […]

» Read more

Rakyat Malaysia Diminta Berdoa Untuk Keadilan Adib

KUALA LUMPUR 23 Sept. -Rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama diminta mendoakan keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim pada Jumaat ini berjalan lancar dalam penuh keadilan. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia serta Persatuan Pesara Bomba dari enam negeri dalam kenyataan bersama memberitahu akan mengadakan majlis tahlil dan solat hajat pada Khamis ini iaitu sehari sebelum […]

» Read more

Kongres Maruah Melayu? Tapi Diteraju Orang Tak Bermaruah… Khianat Perjuangan

KUALA LUMPUR, 19 Sept. – Aktivis Anak Johor (MUDA) mempertikaikan berkaitan satu program, ‘Kongres Maruah Melayu: Amanat Tun Mahathir’ yang dijadualkan berlangsung 6 Oktober depan ekoran menimbulkan tanda tanya yang besar dikalangan rakyat khususnya orang Melayu. Bercakap dalam satu kenyataan media, MUDA berkata, jika dilihat, tulang belakang kepada kongres ini ialah pemimpin dipihak kerajaan namun ada beberapa faktor yang perlu […]

» Read more
1 354 355 356 357 358 375