Kerjasama UMNO-Pas Belum Termeterai Sepenuhnya, Islam dan Bumiputera Perlukan Perlindungan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – UMNO akan terus mengambil sikap terbuka dan pragmatik untuk meneroka rekayasa perjuangan rakyat kerana rakyat memerlukan perlindungan daripada corak pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang banyak dikuasai sosialis Dap khususnya bagi bumiputera dan umat Islam pada keseluruhan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Katanya, kerjasama UMNO-Pas mula meniti di bibir sejak Pilihan Raya Kecil […]

» Read more

Kerajaan PH Tadbir Kedah Ala Syarikat, Kira Untung Rugi Sahaja

ALOR SETAR, 5 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah yang nyata mengambil alasan tarif air akan dinaikkan di negeri terbabit bagi menampung skim bekalan air percuma sebagai justifikasi kerajaan sedangkan sebenarnya untuk lari dari tanggungjawab ke arah memenuhi keperluan rakyat. Ketua Penerangannya Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menjelaskan ini kerana […]

» Read more

Terima Kasih Kepada Jentera Dan Pengundi, BN Tak Gagal Sepenuhnya Di Sungai Kandis

SHAH ALAM, 4 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh jentera parti dan pengundi yang telah memberikan sokongan kepada parti berkenaan. Menurut beliau walaupun keputusan PRK tersebut tidak memihak kepada BN, namun sebagai sebuah parti yang baharu sahaja mengalami kekalahan […]

» Read more

PRK Sungai Kandis, BN Dapat Halang Majoriti PKR

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, adalah jelas Barisan Nasional (BN) telah dapat menghalang PKR daripada mencapai matlamat majoriti 10,000 seperti yang mereka war-warkan dan menandakan wujudnya protes rakyat secara berkesan, ujar Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Katanya, PRK ini juga melahirkan tunas kerjasama ke arah perpaduan […]

» Read more

Penurunan Jumlah Undi Tanda Protes Kepada Kerajaan PH

SHAH ALAM, 4 Ogos – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menjadi bukti bahawa rakyat memberi signal tanda protes kepada kerajaan yang memerintah hari ini, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan. “Keputusan ini adalah satu tanda protes dan tentunya kepada kerajaan yang memerintah hari ini,” katanya. Jelasnya, sebagai kerajaan […]

» Read more

Jentera BN Diminta Terus Raih Sokongan Pastikan Pengundi Laksana Tanggungjawab

SHAH ALAM, 4 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam meminta anggota jentera untuk terus menggerakkan seberapa ramai yang mungkin pengundi khususnya saluran satu dan dua yang mana terdiri daripada mereka yang berusia. Katanya, dapatan daripada laporan yang diberikan ramai pengundi fobia kerana pada pilihan raya yang lalu mereka terpaksa naik sampai ke tingkat tiga bagi mengundi. […]

» Read more

Jentera BN Tetap Bersemangat Biarpun Pertama Kali Sebagai Pembangkang

KLANG, 4 Ogos – Biarpun buat pertama kali turun sebagai parti pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN Sungai Kandis, jentera Barisan Nasional (BN) terutama perayu-perayu undi tetap bersemangat melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Dengan silih berganti, jentera perayu undi masing-masing tidak putus semangat walaupun cuaca telah panas terik dalam usaha membantu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam pada […]

» Read more

Ikon Penyiaran Negara, Mahadzir Lokman Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Jenazah ikon penyiaran negara Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, hari ini. Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Kolej Islam Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, di sini, pada kira-kira 9.35 pagi sebelum disolat dan dikebumikan kira-kira 10.10 pagi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan apabila ratusan anggota […]

» Read more

Sesi Penggulungan Dewan Rakyat Uji Keupayaan, Jawapan Lebih Kepada Kaji dan Semak

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat menyaksikan hampir kesemua menteri dan timbalan menteri baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi ‘ujian tahap keupayaan’ menjawab isu-isu yang dibangkitkan anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. Sebanyak 20 daripada 25 kementerian selesai melakukan penggulungan dengan menjawab isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong […]

» Read more

Jika Inilah Semangat Orang UMNO, Kita Mampu Bangkit – Ketua Penerangan

  KLANG, 4 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa berpuas hati dengan jentera Barisan Nasional (BN) yang masih setia bertugas bagi memastikan orang ramai keluar mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis. Jelas beliau, tinjauan yang dilakukan di beberapa lokasi pengundian menunjukkan para petugas begitu tekun bagi mendapatkan […]

» Read more
1 2,671 2,672 2,673 2,674 2,675 2,738