Rasailah Denyut Nadi Rakyat, Kerajaan Negeri Kedah Jangan Tiru Bajet Guan Eng

ALOR SETAR, 8 Nov – Riuh-rendah diperkatakan tentang Bajet 2019 yang dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah lupa bahawa amanah yang diberikan rakyat itu menagih janji untuk memastikan kebajikan mereka lebih terbela, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob. Katanya, pendapatan negara yang merosot teruk telah menyebabkan banyak peruntukan kementerian dipotong dengan […]

» Read more

Belanjawan 2019: Nelayan, Pekebun Dan Penoreh Dibiarkan Terkapai-kapai

KUALA LUMPUR, 8 Nov – UMNO Terengganu menyifatkan Belanjawan 2019 Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mencerminkan keprihatinan terhadap golongan luar bandar sehingga membuat golongan berkenaan terus terkapai-kapai. Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berkata, ia boleh dilihat dengan tindakan Kerajaan PH melakukan pemotongan dahsyat ataupun pemansuhan program-program bantuan rakyat khususnya kepada petani dan nelayan. “Di mana pembelaan untuk rakyat? […]

» Read more

Kerajaan PH Tak Perlu Tergesa-Gesa Tandatangan ICERD, Kaji dan Fahami Dahulu

PASIR SALAK, 8 Nov – Sebelum apa-apa komitmen terhadap perjanjian antarabangsa ditandatangani oleh sesebuah kerajaan, kajian dan perbincangan pemahaman implikasinya perlu dibuat terlebih dahulu termasuklah dalam hasrat untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu tergesa-gesa dalam […]

» Read more

Najib Dipanggil SPRM Berhubung Kes Pemasangan Tenaga Solar

PUTRAJAYA, 8 Nov – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini, bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak. Kenderaan dinaiki Najib kelihatan masuk ke ibu pejabat tersebut melalui pintu belakang pada kira-kira pukul 9.40 pagi. Terdahulu, bekas […]

» Read more

Bajet 2019 Undang Pelbagai Persoalan, Betulkah Negara Bakal Bankrap?

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata Bajet 2019 atau bajet sulung Pakatan Harapan (PH) yang telah diumumkan sebelum ini penuh dengan 1001 perancangan yang mengundang persoalan demi persoalan. Soal beliau, betulkah negara akan bankrap jika Kerajaan Persekutuan masih ada rezab dan wang yang disatukan dari pendapatan cukai negara selama ini. “Lupakan sebentar kisah […]

» Read more

Teruskan Perjuangan, Puteri UMNO Turun Padang Solidariti Untuk UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 7 Nov – Pergerakan Puteri UMNO telah turun padang sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap UMNO di Sabah. Ketuanya, Datuk Zahida Zarikh Khan telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Sabah hari ini. “Kami Puteri UMNO Malaysia juga bersama-sama orang-orang Sabah menyatakan sokongan dan solidariti kepada […]

» Read more

Terima Kasih Semua, Bukan Soal KM Tapi Mengenai Keluhuran dan Tafsiran Perlembagaan

KOTA KINABALU, 7 Nov – Mantan Ketua Menteri (KM) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah. “Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri […]

» Read more

Isu PTPTN : Menteri, Pemimpin PH Tidak Harus Jadikan Diri Mereka Bahan Ketawa

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Ahli Parlimen Paya Besar, Shahar Abdullah berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak seharusnya menuding jari menyalahkan pihak lain mempolitikkan isu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebaliknya mengakui kesilapan diri sendiri. Justeru beliau menggesa agar menteri atau pemimpin PH tidak menjadikan diri mereka sebagai bahan ketawa kerana umum mengetahui […]

» Read more

Musa Disambut Ratusan Penyokong Di KKIA

KOTA KINABALU, 7 Nov — Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.55 tengah hari selepas beberapa bulan berada di ibu negara. Ketibaan Musa disambut ratusan penyokongnya termasuk pemimpin politik pembangkang di Sabah dari Umno Sabah dan Parti Bersatu Sabah serta pemimpin […]

» Read more

Bon Samurai : Kerajaan PH ‘Cakap Tak Serupa Bikin’

KUALA LUMPUR, 7 NOV –  Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminjam sebanyak 200 bilion yen (RM7.4 bilion) daripada Jepun adalah satu tindakan yang berlawanan dengan prinsipnya untuk mengurangkan hutang negara. Selain itu menurut Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, ia juga membuktikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga pemimpin-pemimpin PH yang lain ‘cakap tidak serupa bikin’ tentang […]

» Read more
1 2,608 2,609 2,610 2,611 2,612 2,754