PRN: UMNO/BN Sedia Hadapi Fitnah, Adu Domba Lawan

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui bahawa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal tiba nanti pelbagai serangan yang akan dihadapi parti. Katanya, bagaimanapun gabungan parti dalam Barisan Nasional (BN) ini sudah berdepan pelbagai asam garam dengan segala tuduhan yang dilemparkan malah akan menggunakan pelbagai platform untuk menyampaikan maklumat sahih kepada […]

» Read more

Soal Bendera Pun Tak Sepakat… Bukti PH Tiada Kestabilan

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Pakatan Harapan (PH) jelas tidak ada kesepakatan di dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bidas Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu, jika hal berkaitan penggunaan bendera pun tidak sepakat, sudah pasti perkara yang lebih besar terutama melibatkan kepentingan rakyat tidak dapat dilaksanakan […]

» Read more

Terus Bersedia, Perkemas Jentera Untuk Kemenangan BN – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bergantung kepada kekuatan jentera parti. Ujar Naib Presiden UMNO itu, jentera BN sentiasa bersedia dan terus diperkemaskan untuk memastikan kemenangan demi kestabilan rakyat dan negeri Johor. “Paling penting ialah kita tidak berpecah. Dalam sesebuah perjuangan, […]

» Read more

Guna Logo Sendiri Di PRN… Bibit Perpecahan Antara PKR Dan PH – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan keputusan PKR untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH). Katanya, bibit perpecahan antara mereka juga dapat dihidu setelah kekalahan PH di Melaka termasuk PKR yang gagal menyumbang sebarang kerusi pada parti mereka. “Kalau […]

» Read more

Tiada Guna Bergabung, Jika Tiada Kesefahaman Dan Kestabilan – Sharkar

TEMERLOH, 11 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan kerjasama politik pelbagai parti sukar diramal sehingga menyebabkan ketidakstabilan dalam sistem politik serta tampuk pemerintahan negara. Katanya, rakyat tentunya dapat melihat sendiri kesannya di mana pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu Pakatan Harapan (PH) memenanginya yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, […]

» Read more

Rakyat Muak Drama Politik, PRN Terbaik Stabilkan Negeri – Norshida

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Rakyat di negeri Johor sudah muak dengan drama politik yang terjadi dan memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim. Jelas beliau lagi, ini kerana rakyat sudah merasai pengalaman berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai gagal meneruskan agenda pembangunan negeri. “Sekarang Dewan Undangan […]

» Read more

BN Umum Calon Dua, Tiga Hari Sebelum Hari Penamaan Calon

ISKANDAR PUTERI, 11 Feb – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon. Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata calon-calon yang akan ditampilkan termasuk muka-muka baharu, yang terdiri daripada golongan profesional dan orang muda. “Saya rasa BN mendengar apa yang disuarakan di […]

» Read more

BN Tidak Gusar, Siap Siaga Berdepan PRU15 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Barisan Nasional (BN) tidak gusar dengan mana-mana parti politik di negara ini, kerana gabungan itu sentiasa bersiap siaga untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menyifatkan PRU15 mustahak untuk memastikan keadaan politik Malaysia kembali pulih, dan kestabilan politik penting untuk memastikan […]

» Read more
1 239 240 241 242 243 385