Beri Perhatian Kepada Wanita, Ibu Tunggal Hilang Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berharap kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik hari ini kesan daripada penutupan operasi bagi sebahagian besar perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 5.0 peratus pada April berbanding tempoh sama tahun lalu susulan pertambahan individu menganggur meningkat […]

» Read more

Lanjutan Moratorium: Peminjam Digesa Berurusan Dengan Bank Mulai Jumaat Ini

PUTRAJAYA, 5 Ogos – Peminjam individu yang masih terjejas akibat pandemik COVID-19 dan mahu kemudahan moratorium mereka dilanjutkan, perlu segera berurusan dengan bank masing-masing mulai Jumaat ini dan mengelak daripada melakukannya di saat-saat akhir. Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata ini penting memandangkan langkah terbabit bukan lagi secara automotik. “Permohonan lanjutan moratorium itu harus dilakukan segera oleh peminjam kerana […]

» Read more

#Unite4Palestine: Zahid Tegas Tolak Pelan Pengilhakan Tebing Barat Oleh Israel

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas menentang pelan pengilhakan Tebing Barat oleh Israel. “Palestin sentiasa di hati saya,” katanya ringkas dalam satu hantaran di Facebook dengan meninggalkan tanda pagar #Unite4Palestine. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menandatangani sokongan kepada perjuangan pembebasan untuk Palestin di Pameran Unite For Palestine di […]

» Read more

Pilihan Raya Tidak Perlu, Buang Masa, Mudaratkan Rakyat – Musa Aman

KOTA KINABALU, 30 Julai – Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berpendapat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya adalah tidak perlu dan membuang masa dan wang serta memudaratkan nyawa rakyat ketika negara berdepan dengan wabak COVID-19. Mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membubarkan DUN hari ini, Musa […]

» Read more

Cadangan JASA Dihidupkan Semula Amat Tepat, ‘Tebus Dosa’ Kezaliman Kerajaan PH – Shahril

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan mengucapkan setinggi terima kasih dan bersyukur apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Zahidi Zainul Abidin mengumumkan cadangan untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang terbukti banyak jasanya kepada negara. Katanya, pengumuman untuk membuka semula JASA adalah satu keputusan yang amat tepat bagi ‘menebus dosa’ […]

» Read more

Kementerian Media Arab Saudi Sedia Platform Liputan Haji 2020 Secara Maya

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Meskipun wartawan tidak berpeluang membuat liputan musim haji tahun ini secara fizikal disebabkan COVID-19, mereka masih berkesempatan melakukannya secara maya menerusi “Hajj Virtual Press Office” yang dilancarkan Kementerian Media Arab Saudi pada Sabtu. Menerusi kenyataan di laman web hajj.media.gov.sa, kementerian berkenaan berkata perkhidmatan digital canggih itu boleh didapati dalam dua bahasa iaitu Arab dan Inggeris, […]

» Read more

2,897 Individu Perlu Jalani Saringan Kedua, Jika Gagal Akan Didakwa – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, 2,897 individu yang masih gagal menjalani saringan kedua COVID-19 diberi tempoh dua hari bermula hari ini untuk membuat pemeriksaan dengan menghubungi pihak Pejabat Kesihatan terdekat, sekiranya mereka masih berdegil, mereka akan ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Jelas beliau, tidak ada lagi kompromi kerana kedegilan mereka ini […]

» Read more

Rakyat Malaysia Pulang Ke Tanah Air Jalani Kuarantin Wajib Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Mulai hari ini, rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air perlu menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, seramai 1,244 rakyat telah pulang ke tanah air semalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dari China, Indonesia, […]

» Read more

Pelitup Separuh Muka Wajib Dipakai Di Tempat Sesak Mulai 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pemakaian pelitup separuh muka akan diwajibkan di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu. “Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat […]

» Read more
1 186 187 188 189 190 245