BN Pilih Mohd Zaidi, Calon Terbaik Pertahan DUN Slim – Saarani

TANJUNG MALIM, 12 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata pucuk pimpinan parti telah meneliti serta membuat pertimbangan sewajarnya dalam membuat pilihan terbaik calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Menurut beliau daripada sembilan calon yang dikemukakan ianya telah disenarai pendek kepada lima dan seterusnya kepada tiga orang dan akhirnya Mohamad […]

» Read more

Mohd Zaidi Aziz Calon BN PRK Slim

TANJUNG MALIM, 12 Ogos – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi UMNO Perak merangkap Pengarah PRK Slim, Datuk Saarani Mohamad dalam satu sidang media di Dewan Rajawali Felda Residence, […]

» Read more

PRN Sabah: SPR Diminta Sediakan SOP Yakinkan Rakyat Keluar Mengundi

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang mampu meyakinkan rakyat untuk keluar mengundi dan memudahkan semua pihak yang terlibat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata ini bagi meredakan kebimbangan banyak pihak terutamanya rakyat di negeri itu berikutan pandemik COVID-19 masih belum berakhir. “Saya […]

» Read more

230 Individu Ingkar PKPP Ditahan Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Seramai 230 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 13 direman manakala 215 individu lagi dikenakan kompaun, kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal. “Polis telah membuat 65 sekatan jalan […]

» Read more

Dewan Rakyat Lulus Usul Junjung Kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan persidangan Parlimen pada 18 Mei lepas, dengan undian suara terbanyak. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju. Usul itu dibahaskan selama 10 hari mulai 14 Julai oleh 129 […]

» Read more

Caj Kuarantin Di ILA Dikurangkan Daripada RM150 Kepada RM100 – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kerajaan telah bersetuju mengurangkan caj kuarantin yang dikenakan di Institut Latihan Awam (ILA) daripada RM150 kepada RM100 sehari bagi setiap individu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan telah menyemak semula kadar bayaran bagi pusat kuarantin selepas terdapat aduan mengenai individu yang dikuarantin di ILA terpaksa membayar kos yang […]

» Read more

Isu Tuntutan Hak Minyak Dan Gas Di Sarawak Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Penyelesaian komersial dalam tuntutan hak minyak dan gas di Sarawak adalah antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu tersebut terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) bertanya Perdana Menteri mengenai usaha kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas […]

» Read more

Kempen Pembudayaan Norma Baharu

PAGOH, 8 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kanan) bersama tetamu kehormat di atas pentas dengan berlatar belakangkan logo dan tagline sempena Kempen Pembudayaan Norma Baharu pada pelancaraan kempen tersebut di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini. Turut hadir Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan), Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (kanan), […]

» Read more

Kes Guan Eng: Hormati Istitusi Kehakiman… Belum Apa-apa Dap Tuduh Pendakwaan Politik – Shahril

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menempelak Dap yang belum pun apa-apa pendakwaan dibuat terhadap Lim Guan Eng namun laman media sosial parti terbabit telah menyebut bahawa pendakwaan politik oleh Perikatan Nasional telah bermula. Katanya, kalau Barisan Nasional (BN) yang kena, laju bersorak dan ringan mulut terus hukum ‘bersalah’. “Bila parti dia, belum dengar dakwaan, belum […]

» Read more

Rang Undang-Undang Langkah Sementara Pembiayaan COVID-19 Dibentang

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. Rang undang-undang yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah sementara berhubung pembiayaan kerajaan untuk mengurangkan kesan COVID-19. Ia termasuk menaikkan had amaun bagi jumlah amaun wang […]

» Read more
1 184 185 186 187 188 244