Pemilihan UMNO: Najib Ucap Tahniah Kepada Ahmad Zahid, Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu bagi penggal 2018-2021. Najib turut mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas dipilih […]

» Read more

UMNO Perlukan Penawar – Ku Li

SHAH ALAM, 22 Jun – UMNO perlu melakukan ‘pembersihan’ dan ‘pembaikan’ seperti dituntut masyarakat bagi menebus semula integriti parti yang dilihat semakin pudar dalam perjuangannya, kata Tengku Razaleigh Hamzah. Veteran UMNO berusia 81 tahun itu berkata antara ‘pembersihan’ yang mesti diutamakan adalah dari aspek lagak kepimpinannya berikutan sebelum ini masyarakat melabel pemimpin parti berkenaan sebagai sombong, melampau elitis malah ada yang sukar dibuat janji temu. Menyatakan perkara berkenaan antara pendekatan yang akan diketengahkannya jika dipilih sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti 30 Jun ini, beliau berkata langkah tersebut juga boleh menjadi ‘penawar’ kepada persepsi masyarakat terhadap parti itu. “Kita mahu pastikan polisi parti dapat menyembuhkan semula UMNO khususnya dari aspek integriti yang sebelum ini dilihat kurang […]

» Read more

Khairy Cadang Dua Jawatan Baharu Naib Presiden Untuk Perkasa UMNO

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan tambahan dua jawatan naib presiden bagi mewakili wanita dan Sabah sekiranya dipilih sebagai presiden pada pemilihan parti 30 Jun. Anggota Parlimen Rembau itu berkata cadangan itu penting bagi menyuburkan amalan demokrasi di dalam parti berusia 72 tahun itu. “Hari ini seperti ada ‘glass ceiling’ untuk wanita… akan […]

» Read more

Senarai Akhir Calon Layak Untuk Pemilihan UMNO Diumum Esok

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata senarai akhir calon-calon yang layak bertanding bagi semua  jawatan yang dipertandingkan  dalam pemilihan parti 30 Jun ini akan  diumumkan esok oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau berkata kelayakan mereka yang menawarkan  diri akan disemak terlebih dahulu termasuk disaring Jabatan Insolvensi Malaysia. […]

» Read more

Ku Li Tawar Diri Bertanding Jawatan Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan presiden parti pada pemilihan UMNO 30 Jun ini. Veteran UMNO berusia 81 tahun itu yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata keputusan tersebut diambil selepas meneliti kedudukan dan situasi UMNO terutama berkaitan soal kepimpinannya. “Saya membuat keputusan ini demi kepentingan UMNO sebagai sebuah pertubuhan […]

» Read more

Tg Razaleigh Masih Pertimbang Tanding Jawatan Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah belum memutuskan sama ada bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini. Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata beliau sedang mempertimbang pandangan pelbagai pihak yang mahu beliau bertanding jawatan tertinggi UMNO itu. Namun, katanya, beliau merasakan orang muda perlu diberi tanggungjawab memimpin parti yang […]

» Read more

Peristiwa Penting UMNO

Peristiwa Penting UMNO Januari 1946 Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah. 3 Januari 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. 4 Mac 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung […]

» Read more

Mengenang PM Kedua, Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Negara Malaysia

AHAD, 14 Januari 2024, sebulan yang lepas genapnya Ulang Tahun Ke-48 berpulangnya ke Rahmatullah Ta’ala Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri Kedua (1970 – Januari 1976) Bapa Pembangunan Negara Malaysia di London dan telah dikebumikan di makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur. Bagi mengenangkan jasa-jasa Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, bersama-sama ini saya […]

» Read more

Mengenang Bapa Kemerdekaan Dan Bapa Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra

HARI ini, Khamis, 8 Februari 2024 bersamaan 27 Rejab 1445(H) adalah hari keputeraan Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan jika ditakdirkan beliau masih hidup, usianya adalah 121 tahun. Ketokohannya sebagai pemimpin tiada tolok banding sehingga diiktiraf dalam dunia Islam sebagai pemimpin yang dihormati oleh kawan dan lawan. Andainya Almarhum Tunku masih berada bersama kita pada […]

» Read more

Kes Pulau Batu Puteh: RCI Penting Untuk Penerangan Kepada Rakyat, Ambil Pengajaran – Shahrir

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan penting agar semua pihak dapat mengetahui dengan lebih lanjut di samping mengambil pengajaran daripadanya. Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, rayuan untuk menyemak semula kes Pulau Batu Puteh ini telah ditarik balik sepuluh hari sebelum tarikh pendengaran oleh Mahkamah […]

» Read more
1 16 17 18 19 20 35