COVID-19: 7,703 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilapor hari ini tidak banyak berubah apabila mencatatkan 7,703 kes berbanding 7,105 kes semalam, dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini. Menurut beliau, Kuala Lumpur pula mencatatkan […]

» Read more

‘Total Lockdown’ Tapi MITI Benarkan Syarikat Bukan ‘Essential Services’ Beroperasi, Rakyat Perlukan Penjelasan

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Farid Mohd Nor berkata apa yang Pemuda UMNO utarakan adalah kebimbangan rakyat dan betapa perlunya Perintah Kawalan Pergerakan KP 3.0 ini (total lockdown) dilaksanakan seadil-adilnya kepada semua pihak. Tegasnya, pelaksanaannya bukan sahaja perlu berjaya tetapi mesti disebabkan oleh pengorbanan semua pihak. “Jangan ada sebahagian hilang pendapatan dan berkorban […]

» Read more

Ahli Parlimen, ADUN Dilarang Adakan Majlis Rasmi

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis rasmi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Jun ini. Bagaimanapun menurut prosedur operasi standard (SOP) Am PKP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, mereka masih dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk […]

» Read more

UMNO 75 Tahun: Keputusan Sayembara Mencipta Logo, Sayembara Penulisan Puisi dan Sayembara Video Pendek

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Bersempena Sambutan Jubli Intan UMNO 75 Tahun pada 11 Mei 2021, Ibu Pejabat UMNO telah menganjurkan tiga sayembara iaitu Sayembara Mencipta Logo 75 Tahun UMNO, Sayembara Penulisan Puisi dan Sayembara Video Pendek. Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, memandangkan penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara sekarang, yang menyebabkan perjalanan dan majlis […]

» Read more

‘Lockdown’: Apa Perancangan Kerajaan Bantu Rakyat Khususnya Orang Asli

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mempersoalkan apakah persiapan awal untuk bantuan kepada rakyat khususnya masyarakat Orang Asli seluruh Malaysia semasa ‘lockdown’ bagi mengekang wabak penyakit COVID-19 bermula 1 hingga 14 Jun ini . Ini kerana katanya, isu tidak menyampaikan bantuan bekalan makanan (Bakul Makanan) kepada masyarakat Orang Asli di Pos Menson dan Pos […]

» Read more

Tiga Kawasan Perumahan Di Mukim Juasseh, Kuala Pilah Dikenakan PKPD Bermula Isnin

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Tiga kawasan perumahan di Mukim Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin ini hingga 13 Jun bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan yang terlibat ialah Taman Desa Permai, Rumah Rakyat Juasseh serta Taman Sri Juasseh yang merekodkan pertambahan kes […]

» Read more

Sultan Ibrahim Cadang ‘Lockdown ‘Bersasar Negeri Bersempadan Tangani Kes COVID-19

JOHOR BAHRU, 28 Mei – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kepada kerajaan agar melaksanakan lockdown (Perintah Kawalan Pergerakan penuh) secara bersasar melibatkan neger-negeri bersempadan bagi menangani peningkatan kes COVID-19. “Ini boleh dilakukan tanpa menghentikan kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya. Saya mencadangkan lockdown penuh secara bersasar mengikut negeri ataupun rantau. “Contohnya zon selatan – Johor, Melaka dan Negeri Sembilan […]

» Read more

Sembilan Lokaliti Seluruh Negara Dikenakan PKPD Bermula Sabtu

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Sebanyak sembilan lokaliti di seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 11 Jun bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga daripada lokaliti terlibat adalah dalam mukim Sitiawan di daerah Manjung, Perak melibatkan kawasan Sitiawan, Seri Manjung dan Ayer Tawar. Beliau berkata […]

» Read more
1 175 176 177 178 179 280